INFO UNIT : PENGURUSAN SEKOLAH

Ditulis oleh PENOLONG PPD ICT on . Posted in INFO UNIT-UNIT

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH   
    
1. PENGURUSAN  GURU    
     
1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah dan menengah dan institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD    
2. Penempatan dan pertukaran guru dalam daerah    
3. Mengurus temuduga, lantikan dan penempatan guru ganti     
4. Panel pergerakan guru dan pegawai    
5. Mengurus pelantikan pentadbir sekolah    
6. Kelulusan cuti PGB    
7. Mengurus guru melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan PHD    
8. Mengurus pemantauan persediaan akhir tahun dan awal tahun sekolah    
9. Menyelaras anugerah khas di peringkat KPM, JPN dan PPD    
10. Khidmat kaunseling kepada pegawai dan kakitangan pendidikan daerah    
11. Pengurusan waran guru    
12. Pengurusan portal PPD    
13. LNPT    
14. 1Bestarinet    
15. Sekolah swasta    
16. SK Pendidikan Khas    
17. Menyelia keselamatan dalam sistem maklumat PPD    
18. Menyediakan khidmat sokongan perkakasan dan perisian komputer di peringkat PPD    
19. Memastikan akta / peraturan / pekeliling kerajaan, perkhidmatan awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi oleh sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan  Kerajaan.    
20. Memproses kebenaran membuat kajian / penyelidikan / praktikum di sekolah    
21. Pengurusan Aduan : aduan dalaman, staf, pelanggan, awam, Biro Pengaduan Awam (BPA)    
22. Mengurus pendaftaran lencana / bendera / logo sekolah    
23. Memproses pendaftaran dan pemantauan pengurusan PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS)    
24. Memproses kebenaran mengutip sumbangan PIBG    
25. Memproses kebenaran mengutip bayaran majalah sekolah    
26. Memproses kebenaran mengutip derma (Jogathon, Makan Malam, Hari Kantin)    
27. Memproses permohonan cuti sekolah (Cuti Peristiwa, Cuti Berganti)    
28. Memproses permohonan promosi oleh individu / agensi kerajaan / swasta    
29. Membantu Urusetia Jawatankuasa Bencana Alam    
    
    
2. PENGURUSAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH    

1. Penempatan dan kemasukan murid di daerah    
2. Pendaftaran kemasukan murid asing    
3. Mengurus kebenaran mengutip derma    
4. Mengurus penempatan murid ke Kelas Rancangan Khas (KRK)    
5. Memproses pendaftaran murid Bukan Warganegara (MBWN) bersekolah di Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan    
6. Memproses pendaftaran murid pulang dari luar negara 

 

   
    
3. PENDIDIKAN PRASEKOLAH    
  
1. Data dan Maklumat Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak dam Prasekolah    
2. Hal Ehwal Personal Pengurusan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah    
3. Pelaksanaan dan Peluasan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah    
4. Penyelarasan Pelaksanaan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak dan prasekolah Periongkat JPN dan Agensi Luar    
5. Pengurusan Am

 

    
    
4. PEMBANGUNAN PROFESIONAL DAN LATIHAN    
   
1. Mengurus dan mengendalikan Kursus & Latihan Personal PPD.  
2. Membantu JPN mengurus dan mengendalikan Kursus-kursus Jangka Panjang dan Kursus Jangka Pendek Anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.   
3. Mengurus dan mengendalikan waran peruntukan untuk latihan dan perkembangan staf dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  
    
5. KAUNSELING DAN PSIKOLOGI    
     
    
1. Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundangan dan intervensi krisis.   
2. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan kendiri/kerjaya, intervensi krisis.   
3. Melaksanakan pemantauan klien.   
4. Melaksanakan program pembangunan insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.   
5. Menjalankan program pembangunan modal insan.   
6. Melaksanakan dasar dan polisi berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dijalankan di peringkat PPD.   
    
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN    
    
1. Perkhidmatan kaunseling    
2. Perkhidmatan peningkatan kemahiran kaunseling    
3. Program ujian psikologi dan inventori kaunseling 
4. Program pencegahan dan pembangunan diri 

 

   
    
6. PENGURUSAN KUALITI    

1. Meningkatkan perkhidmatan khidmat nasihat pengurusan kualiti ke tahap yang tertinggi.   
2. Memastikan semua pegawai dan kakitangan sentiasa efisien, cekap dan bertindak secara professional semasa member perkhidmatan kepada pelanggan.   
3. Menyelaraskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008.   
4. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengendaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah.  
5. Menyelaras pembangunan program dan aktiviti system pengurusan perkhidmatan berkualiti dan dasar pelajaran semasa.   
6. Memberi bimbingan secara berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesionallisme.  
7. Mengekalkan dan meningkatkan lagi mutu kepimpinan instruksional.   
8. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.   
    
    
7. PENDIDIKAN KHAS    
    
1. Merancang dan  mengurus penempatan dan pertukaran murid ke program pendidikan dan pemulihan khas.   
2. Merancang dan mengurus penempatan dan pertukaran guru program pendidikan dan pemulihan khas.   
3. Merancang, mengurus dan melapor pemantauan Unit Pengurusan Sekolah.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan kursus-kursus Unit Pengurusan Sekolah dalam aspek pendidikan dan pemulihan khas.   
5. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah dalam aspek pendidikan dan pemulihan khas.   
6. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.    
    
    
8. PERHUBUNGAN    

1. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan aduan pelanggan.    
2. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan hal ehwal persekolahan.    
3. Merancang, melaksana dan melapor pengurusan protokol.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pemantauan Unit Pengurusan Sekolah.   
5. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan kursus-kursus Unit Pengurusan Sekolah.   
6. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah.   
7. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa olehPegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.   
    


9. PENDIDIKAN SWASTA    
    
1. Mengurus  pendaftaran penubuhan  Institut Pendidikan Swasta (IPS).     
2. Merancang dan mengurus pemantauan Institusi Pendidikan Swasta.   
3. Merancang dan mengurus  kursus-kursus pengurusan peringkat Institusi Pendidikan Swasta.   
4. Merancang, mengurus dan melapor pelaksanaan program dan aktiviti Unit Pengurusan Sekolah.   
5. Melaksanakan tugas-tugas umum yang diarahkan dari masa ke masa oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah.