Artikel

KAJIAN TINJAUAN KEFUNGSIAN PENDINGIN HAWA DALAM BILIK ATAU MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2018

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT) on . Posted in UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Semua Pengetua dan Guru Besar

Daerah Hilir Perak

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara yang di atas dirujuk dan diambil tindakan oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, BTPN dan PPD Negeri Perak Bilangan 2 Tahun 2018 pada 19 April 2018 di SMKA Kerian, satu kajian tinjauan kefungsian pendingin hawa dalam bilik atau makmal komputer di sekolah-sekolah Negeri Perak Tahun 2018 akan dijalankan di daerah masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melengkapkannya melalui atas talian di URL : http://bit.ly/labcomphp .

4. Sehingga 18/5/2018 41 buah sekolah masih belum mengisi kajian tinjauan tersebut seperti dalam lampiran.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (MAKLUMAT TINJAUAN 180518.xlsx)MAKLUMAT TINJAUAN 180518.xlsx[ ]10 kB