PROGRAM KECEMERLANGAN AMANJAYA GEMILANG UPSR YAYASAN PERAK SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2017

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Guru Besar 

SK/SJKC/SJKT Daerah Hilir Perak (Lampiran A)

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Sukacita dimaklumkan Unit Pengurusan Akademik PPD Hilir Perak akan mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR Daerah Hilir Perak Tahun 2017 di bawah peruntukan Yayasan Perak Amanjaya Gemilang seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 13 Mei dan 20 Mei 2017 (Sabtu)

Masa : 8:30 pagi hingga 5:30 Petang (Pendaftaran bermula 7:45 pagi hingga 8:15 pagi)

Tempat  : SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menghantar murid sasaran cemerlang sekolah tuan mengikut bilangan yang telah ditetapkan (LAMPIRAN A).

4. Selain itu, pihak tuan juga dimohon untuk melengkapkan borang pendaftaran (LAMPIRAN B) dan dibawa bersama-sama pada hari tersebut. Perakuan surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan urusan penghantaran murid tersebut adalah di bawah tanggungjawab pihak tuan.

5. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 05-6221970 sambungan 153 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

 

Statistik Pengunjung

1.png1.png1.png4.png8.png4.png6.png
Hari Ini793
Semalam823
Minggu Ini3445
Bulan Ini19900
Keseluruhan1114846

  • IP Anda : 54.224.234.8
Khamis, 26 April 2018

Peperiksaan

 Ujian Pelbagai PT3 (Sejarah)  6 hari  UPSR  147 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  73 hari  STAM Bertulis  173 hari
 PT3 (Lisan)  Berjalan  SPM  201 hari
 PT3 (Bertulis)  165 hari  STPM (1)  210 hari
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  25 hari
 MUET (2)  86 hari  STPM (3)  201 hari
 MUET (3)  217 hari  SPM (Ulangan) 54 hari