MAKLUMAN PELAKSANAAN SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN MAKSIMUM POTONGAN 60%

Ditulis oleh UNIT KEWANGAN on . Posted in UNIT KEWANGAN

                                                         Ruj. Kami    :   PPD.HIP.400-4/2/1 ( 10 )      

                                                         Tarikh          :      27 APRIL 2017

Pengetua / Guru Besar

SMK / SK / SJKC / SJKT

Daerah Hilir Perak

 Tuan,

 MAKLUMAN PELAKSANAAN SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN MAKSIMUM POTONGAN 60%

 Dengan hormatnya, merujuk kepada surat Akauntan Negara Malaysia ruj : ANM/SPP/M/3/10 Jld.20(11) bertarikh 17 April 2017 dan surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.10 (34) bertarikh 25 April 2017 perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

 2.             Dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum potongan 60% secara auto melalui Sistem Payroll GFMAS mulai April 2017, selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2017 pada 5 April 2017 berkaitan Perkara 9(1) – Keberhutangan Serius : Mengekalkan Pendapatan Bersih Penjawat Awam Pada Paras 40%.

3.            Pihak JANM Putrajaya akan menjana Laporan ZRPY020 – Laporan Senarai Potongan Yang Tidak Diambilkira ke sistem ePenyata Gaji. Mohon kerjasama Pengetua / Guru Besar dan Pembantu Tadbir untuk menyemak dan mengambil tindakan terhadap laporan tersebut. Diingatkan, penjawat awam adalah bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri dengan agensi yang berkaitan bagi sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png2.png0.png8.png7.png
Hari Ini103
Semalam776
Minggu Ini4667
Bulan Ini20375
Keseluruhan1012087

  • IP Anda : 54.225.36.143
Sabtu, 25 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai