PERINGATAN PENTING URUSAN PERMOHONAN PEMANGKUAN GRED DG42 MELALUI E-PANGKAT

Ditulis oleh UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN on . Posted in UNIT PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN

Pengetua/Guru Besar

Sekolah Menengah / Sekolah Rendah

Daerah Hilir Perak

 

MAKLUMAT PERTAMA

 SEMAKAN SEMULA MAKLUMAT PEGAWAI YANG TIDAK LENGKAP BAGI PERMOHONAN URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42(KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2017

 

Adalah dimaklumkan bahawa semakan yang telah dibuat oleh Unit Naik Pangkat mendapati masih terdapat ralat dan menyebabkan calon tidak boleh mengemaskini semula maklumat permohonan ke Gred DG42 (KUP) seperti berikut:

 Maklumat Gred Hakiki Penyandang dan Maklumat Gred Hakiki Jawatan di  eOperasi telah diubah ke Gred DG42. (Gred Hakiki Penyandang hanya boleh diubah dalam eOperasi dan ePangkat setelah pegawai menerima surat kenaikan pangkat ke Gred DG42 dari Lembaga Kenaikan Pangkat Pekhidmatan Pelajaran KPM)

 

Sehubungan dengan itu tuan / puan adalah dipohon untuk menyemak semula Gred Hakiki Penyandang dan Gred Hakiki Jawatan di eOperasi dan ePangkat bagi calon yang tidak boleh mengemaskini semula maklumat permohonan ke Gred DG42 mereka.

 

 

MAKLUMAT PERTAMA

SEMAKAN SEMULA DOKUMEN YANG TELAH DIMUAT NAIK BAGI PERMOHONAN URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42(KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2017

Adalah dimaklumkan bahawa semakan yang telah dibuat oleh Unit Naik Pangkat pada 25 April 2017 (12.30 Tengahari) terhadap permohonan ke DG42 oleh pegawai di bawah penyeliaan  tuan seperti disenarai yang dikepilkan masih tidak lengkap seperti berikut:

 -Tiada dokumen yang telah dimuat naik (upload) dalam permohonan  ePangkat

Dokumen yang dimuat naik tidak lengkap

  Sehubungan dengan itu pegawai berkenaan adalah diminta untuk menyemak dan memuat naik semula dokumen yang berkaitan dalam permohonan ePangkat

Sila muat turun senarai pemohon yang terlibat dibahagian attacment.  Urusan ini adalah dibawah tanggungjawab pemohon.

Tarikh akhir pemohonan melalui e-pangkat adalah pada 30 April 2014. Sila rujuk jadual seperti yang dipaparkan dibawah

 

Jadual 1: Tarikh-Tarikh Penting Urusan Pemangkuan Ke Gred DG42 (KUP) Tahun 2017 (Bagi Permohonan Menerusi Sistem ePangkat)

 

Tarikh

Urusan

20 Mac 2017 (Isnin) hingga 30 April 2017 (Ahad)

  • PPP memohon melalui sistem ePangkat.
  • Tarikh tutup pada 30 April 2017 (jam 11.59 malam).

1 Mei 2017 (Isnin) hingga 1 Jun 2017 (Khamis)

  • Tempoh perakuan Ketua Jabatan tempat bertugas kepada JPN/Bahagian.
  • Tarikh tutup pada 1 Jun 2017 (jam 11.59 malam).

2 Jun 2017 (Jumaat) hingga 22 Jun 2017 (Khamis)

  • Tempoh perakuan JPN/Bahagian kepada BPSM, KPM.
  • Tarikh tutup pada 22 Jun 2017 (jam 11.59 malam).
Attachments:
Download this file (DG42 e-pangkat.xlsx)DG42 e-pangkat.xlsx[ ]17 kB

Statistik Pengunjung

8.png5.png3.png2.png6.png1.png
Hari Ini338
Semalam874
Minggu Ini6438
Bulan Ini29499
Keseluruhan853261

  • IP Anda : 54.162.44.105
Sabtu, 27 Mei 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  10 hari  UPSR  107 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  43 hari  STAM Bertulis  149 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  163 hari
 PT3 (Bertulis)  135 hari  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  63 hari  STPM (3)  163 hari
 MUET (3)  161 hari