ANUGERAH IKON GURU MUDA SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BAGAN DATUK DAN HILIR PERAK TAHUN 2017

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-sekolah Menengah Daerah Bagan Datuk dan Daerah Hilir Perak

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk dan Daerah Hilir Perak

 

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan mulai Tahun 2017, Anugerah Ikon Guru Muda (IGM) akan diperkenalkan sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak yang akan diadakan pada 25 Mei 2017 bertempat di SM Sains Bagan Datoh.

3. Anugerah IGM merupakan pengiktirafan serta dorongan kepada guru-guru muda yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid di sekolah serta sumbangan kepakaran di daerah, negeri dan kebangsaan. 

4. Tiga calon yang disenarai pendek akan diumumkan sebagai penerima  Anugerah Ikon Guru Muda semasa majlis tersebut. Penerima anugerah akan menerima Pingat IGM beserta sijil kepujian.

5. Panduan Pencalonan serta Borang Penyertaan Anugerah Ikon Guru Muda boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi PPD Hilir Perak. Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dihantar pada atau sebelum 10 Mei 2017. 

6. Sebarang pertanyaan yang berkaitan sila hubungi Encik Norazam b. Mat Isa di talian 05-6221970 sambungan 120 atau 017-427 7244; En. Mohd Faizul Hafiz b. A. Razak di talian 05-6221970 sambungan 153 atau 012-984 9601.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Attachments:
Download this file (panduan IGM 2017.docx)PANDUAN PEMILIHAN[ ]19 kB
Download this file (BORANG ikon GURU MUDA.xls)BORANG PENCALONAN[ ]179 kB

Statistik Pengunjung

9.png4.png9.png0.png1.png9.png
Hari Ini1417
Semalam1541
Minggu Ini4677
Bulan Ini22782
Keseluruhan949019

  • IP Anda : 54.162.107.122
Rabu, 20 September 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  33 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  47 hari
 PT3 (Bertulis)  19 hari  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  47 hari
 MUET (3)  45 hari