BENGKEL PENDAFTARAN SCHOOLOGY BAGI KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DI BAWAH INISIATIF PEMERTABATAN BAHASA MELAYU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK DAN BAGAN DATUK TAHUN 2017

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk Yang Berkenaan 

Guru Besar SK/SJKC/SJKT Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk Yang Berkenaan

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak dengan kerjasama Unit Pengurusan Akademik PPD Hilir Perak akan mengadakan bengkel tersebut mengikut ketetapan yang berikut :

Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis)

Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 Tengah hari : Pendaftaran (7:40 pagi)

Tempat : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membenarkan seorang Guru Bahasa Melayu dan seorang Guru Bahasa Melayu Kelas Peralihan seperti dalam Lampiran 1 untuk menghadiri bengkel tersebut. Pegawai tuan dikehendaki menyediakan tugasan kepada murid-murid sebelum menghadiri bengkel tersebut demi Melindungi Masa Instruksional (MMI). Pegawai tuan juga layak membuat tuntutan perjalanan kepada PADU dengan menggunakan borang tuntutan yang dimuat naik ke dalam portal PPD Hilir Perak. Pegawai tuan dikehendaki membawa komputer riba, penyambung wayar dan doungle/broadband semasa bengkel tersebut.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 05-6221970 sambungan 153 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

NOTA :

1. SILA MUAT TURUN BORANG TUNTUTAN PERJALANAN.

2. LENGKAPKAN BORANG TERSEBUT DAN DIBAWA SEMASA BENGKEL TERSEBUT.

3. SILA BAWA BERSAMA-SAMA SALINAN MUKA DEPAN AKAUN BANK.

 

Statistik Pengunjung

9.png2.png3.png7.png5.png2.png
Hari Ini75
Semalam1135
Minggu Ini1210
Bulan Ini20777
Keseluruhan923752

  • IP Anda : 54.225.47.124
Selasa, 22 Ogos 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  20 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  62 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  76 hari
 PT3 (Bertulis)  48 hari  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  76 hari
 MUET (3)  74 hari