MESYUARAT PANITIA KIMIA DAERAH HILIR PERAK DAN DAERAH BAGAN DATUK BILANGAN 1/2017
Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah
Daerah Hilir Perak & Daerah Bagan Datuk
Tuan,
MESYUARAT PANITIA KIMIA DAERAH HILIR PERAK DAN DAERAH BAGAN DATUK BILANGAN 1/2017
Dengan hormatnya, perkara di atas di rujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Kimia Daerah Hilir Perak & Daerah Bagan Datuk akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 MEI 2017
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN SM SAINS TELUK INTAN
3. Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah / wakil
3.3 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3.4 Maklum balas dan perkara berbangkit
3.5 Analisis dan Post Mortem keputusan Peperiksaan SPM 2016
3.6 Penetapan ETR Kimia SPM 2017
3.7 Perbincangan Program Peningkatan Kecemerlangan Kimia SPM 2017
3.8 Hal-hal lain
4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Ketua Panitia Kimia sekolah tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah) di talian 019-4814929.
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terimakasih.