PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM AMANJAYA GEMILANG YAYASAN PERAK : KEM KECEMERLANGAN UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2017
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Lampiran 1)
melalui dan salinan :
Guru Besar
SK Teluk Buloh
SK Degong
SJKC Keow Min
SJKT Ladang Selaba
SK Sungai Pulau
SK Sungai Tungku
SK Perwira
SK Sultan Abdul Aziz
SK Kampong Bahagia
SK Pekan Rabu
SJKC Chong Min
SJKT Dato’ Sithambarram Pillay
SK Sungai Sumun
SK Sungai Tukang Sidin
SJKC Batu Dua Belas
SJKT Barathi
Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak dengan kerjasama Unit Pengurusan Akademik PPD Hilir Perak akan mengadakan kem tersebut pada 13 dan 20 Mei 2017 bertempat di SK Sultan Aziz.
3. Sehubungan dengan itu, pegawai tuan telah dilantik sebagai penceramah untuk mata pelajaran yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 1 dan dijemput hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 2.
4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 05-6221970 sambungan 153 atau 012-9849601.
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.