JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2017

Ditulis oleh Unit Kokurikulum on . Posted in UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Pengetua dan Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

 

Tuan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2017

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan ini diadakan seperti maklumat berikut:

             Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori:

                   a.     Murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6)

                   b.     Murid sekolah menengah rendah ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 )

                   c.     Murid sekolah menengah atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 )

 

3.       Sehubungan itu, murid-murid sekolah tuan dijemput menyertai pertandingan tersebut berdasarkan Kertas Konsep yang dibekalkan kepada kami sejajar dengan maklumat di atas.Esei yang telah siap sempurna boleh dihantar kepada Encik Mohd Fahmi bin Tajuid (Penolong PPD Kokurikulum) atau kepada Encik Mustafa Kamal bin Mohd Danan (Penyelia Kokurikulum) di PPD Hilir Perak dalam bentuk 'Hard Copy'.Tarikh akhir penghantaran adalah pada 23 Mei 2017.

Kerjasama serta sokongan tuan dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (Esei.1.jpg)Esei.1.jpg[ ]129 kB
Download this file (KERTAS_KONSEP_PERTANDINGAN_MENULIS ESEI.doc)KERTAS_KONSEP_PERTANDINGAN_MENULIS ESEI.doc[ ]192 kB

Statistik Pengunjung

8.png5.png3.png2.png6.png3.png
Hari Ini340
Semalam874
Minggu Ini6440
Bulan Ini29501
Keseluruhan853263

  • IP Anda : 54.162.44.105
Sabtu, 27 Mei 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  10 hari  UPSR  107 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  43 hari  STAM Bertulis  149 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  163 hari
 PT3 (Bertulis)  135 hari  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  63 hari  STPM (3)  163 hari
 MUET (3)  161 hari