MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH HILIR PERAK DAN DAERAH BAGAN DATUK BILANGAN 1/2017

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Pengetua

Sekolah-Sekolah Menengah

Daerah Hilir Perak & Daerah Bagan Datuk                                    

 

Tuan,

 

MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH HILIR PERAK DAN DAERAH BAGAN DATUK BILANGAN 1/2017

 

Dengan hormatnya, perkara di atas di rujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Sains Daerah Hilir Perak & Daerah Bagan Datuk akan diadakan seperti ketetapan berikut.

 

                        Tarikh                         :           17 MEI 2017

                        Masa                           :           2.30 PETANG

                        Tempat                       :           BILIK HORLEY SMK HORLEY METHODIST

 

3.         Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

 

            3.1       Ucapan pengerusi

            3.2       Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah / wakil

            3.3       Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

            3.4       Maklum balas dan perkara berbangkit

            3.5       Analisis dan Post Mortem keputusan Peperiksaan SPM 2016 dan PAwT 2017

            3.6       Penetapan ETR Sains SPM 2017

            3.7       Perbincangan Program Peningkatan Kecemerlangan Sains SPM 2017

            3.8       Hal-hal lain

 

4.         Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Ketua Panitia Sains sekolah tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Noor Azri bin Mohd Nazaruddin, Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah) di talian 019-4814929.

 

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (surat meeting.jpg)surat meeting.jpg[ ]81 kB

Statistik Pengunjung

1.png0.png1.png2.png0.png9.png0.png
Hari Ini106
Semalam776
Minggu Ini4670
Bulan Ini20378
Keseluruhan1012090

  • IP Anda : 54.225.36.143
Sabtu, 25 November 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  Selesai
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Selesai  STAM Bertulis  Selesai
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  Berjalan
 PT3 (Bertulis)  Selesai  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  Selesai  STPM (3)  Selesai
 MUET (3)  Selesai