TINDAKAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH UNTUK PROGRAM MODUL DAN MOCK TEST AMANJAYA GEMILANG UPSR TAHUN 2017

Ditulis oleh UNIT PENGURUSAN AKADEMIK on . Posted in UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

Setiausaha Peperiksaan Dalaman Sekolah

 

melalui dan salinan :

Guru Besar

SK/SJKC/SJKT Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk

 

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan yang selanjutnya.

2. Dimaklumkan tindak kerja yang perlu diambil oleh setiausaha peperiksaan dalaman sekolah tuan adalah seperti yang berikut :

2.1. menerima CD Program Modul dan Mock Test Amanjaya Gemilang UPSR Tahun 2017. (SK telah diedarkan melalui GB semasa program di PPD pada 17 Mei 2017, SJK hendaklah diambil di Unit Pengurusan Akademik PPD Hilir Perak)

2.2. memuat turun senarai nama Murid Mock Test Amanjaya Gemilang UPSR Tahun 2017.

2.3. membaca panduan pelaksanaan mock test yang terkandung di dalam CD.

2.4. memastikan semua Modul Amanjaya Gemilang UPSR Tahun 2017 digunakan oleh guru UPSR.

2.5. mematuhi tarikh-tarikh pelaksanaan mock test.

2.6. bersedia menghantar laporan program secara atas talian dari masa ke semasa yang diminta oleh pihak JPN melalui PPD.

3. Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 05-6221970 sambungan 153 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Statistik Pengunjung

8.png9.png5.png5.png7.png4.png
Hari Ini417
Semalam0
Minggu Ini5053
Bulan Ini17256
Keseluruhan895574

  • IP Anda : 54.81.210.42
Ahad, 23 Julai 2017

Peperiksaan

 SPM (Ulangan)  Selesai  UPSR  50 hari
 Ujian Pelbagai PT3 (Geografi)  Berjalan  STAM Bertulis  92 hari
 PT3 (Lisan)  Selesai  SPM  106 hari
 PT3 (Bertulis)  78 hari  STPM (1)  Selesai
 MUET (1)  Selesai  STPM (2)  Selesai
 MUET (2)  6 hari  STPM (3)  106 hari
 MUET (3)  104 hari