новые флеш игры.

SEJARAH PPD

User Rating:  / 0
PoorBest 
Шаблоны Joomla здесь.
Mulai 1 Januari 1982, Pejabat Pendidikan Daerah diwujudkan bagi melaksanakan hasrat kerajaan ke arah pendidikan bermutu dalam konteks perakuan laporan kabinet. Dengan tertubuhnya pejabat pendidikan ini, maka satu pendekatan baru dalam pentadbiran pendidikan di peringkat daerah bermula. Semua sekolah di daerah, rendah dan menengah terletak di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah.

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak bermula penubuhannya pada awal tahun1982. Ini bermula dengan menggunakan bangunan sekolah lama SRJK(Inggeris), Gerik yang sudah tidak digunakan lagi. Sekolah tersebut mendapat bangunan baru yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari.

Pada tahun 1995 blok bangunan dewan yang diubahsuai pada tahun 1990 dan blok bangunan pusat sumber PPD telah naik taraf serta diubahsuai sekali lagi menjadi bilik pentadbiran PPD. Pada tahun 1996 bahagian pentadbiran PPD dipindahkan ke bangunan baru PPD yang telah dinaiktaraf. Bangunan baru ini amat selesa dan mempunyai ciri-ciri dan kemudahan asas. Hiasan dalaman dan binaan bilik-bilik Pegawai, penyelia, bilik pentadbiran pejabat, bilik-bilik Pegawai Khas dan bilik gerakan atau mesyuarat menggunakan separuh dinding jenis kalis api (Gipsium wall) dan separuh menggunakan cermin. Bangunan ini menggunakan penghawa dingin sepenuhnya. Ia disertakan dengan talian terus PPD, talian faxs, talian  internet dan talian am pejabat yang menggunakan  sistem sambungan  'keyphone' yang boleh menghubungkan bilik ke bilik.

 

 

 

SEJARAH KEPIMPINAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

 

02.01.1982 HINGGA 15.03.1985

:

EN.ISMAIL BIN SALLEH

16.03.1985 HINGGA 30.07.1989

:

EN.KHALIB BIN MAKHTAR

16.08.1989 HINGGA 15.11.1990

:

EN.KHALIL SHAH BIN JAMALUDIN

03.02.1990 HINGGA 15.11.1991

:

TN HJ YAHYA BIN OTHMAN

22.11.1991 HINGGA 30.04.1993

:

TN HJ AHMAD BIN HJ SHAFII

16.05 1995 HINGGA 15.06.1999

:

EN.ZAINAL BADRI BIN MOHD RAFAAI

01.07.1999 HINGGA 31.03.2001

:

TN HJ ABDUL WAHID BIN NOK

16.07.2001 HINGGA 31.05.2003

:

TN HJ HASHIM BIN MAMAT

10.06.2003 HINGGA 31.03.2004

:

TN HJ SULAIMAN BIN SAMSON

01.04.2004 HINGGA 15.06.2007

:

TN HJ MUSTAFA BIN AHMAD

16.01.2008 HINGGA 31.07 2008

:

TN HJ MARAZLEN@MAR AZLAN BIN AMRAN

01.08.2008 HINGGA 24.11.2008

:

TN HJ MOHD ROSLI BIN AHMAD

25.11.2008 HINGGA 14.01.2010

:

KPT. DR. AHAMD DAMANHURI BIN IBRAHIM

16.01.2010 HINGGA 14.02.2011

:

TN HJ.MOHAMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN

04.03.2011 HINGGA 25.11.2012

:

EN.ABDUL WAHID BIN NURUDDIN

01.01.2013 HINGGA 01.04.2013

EN. AZMI BIN DAHALI

17.04.2013 HINGGA 03.11.2013

:

EN.AHMAD SHAKER BIN LAZIM

04.11.2014 HINGGA 02.11.2014

:

EN.OSMAN BIN MOHAMED BAHARI

03.11.2014 HINGGA SEKARANG

:

TN.HJ.MOHAMAD ZAHARI BIN MOHAMAD RAMLI



 

лимузин на свадьбу.
Category: Portal
Компания Сансити