новые флеш игры.

OBJEKTIF

User Rating:  / 0
PoorBest 
Шаблоны Joomla здесь.

1. Objektif Portal

Portal ini bertujuan membentuk satu komuniti pendidik / pelajar berkongsi ilmu, pengalaman, idea yang mungkin dialami sendiri atau terbaca dari jutaan lamanweb yang tersedia di dunia siber.

Matlamat / Objektif
- Untuk membina satu komuniti pendidik berilmu sejajar dengan wawasan negara untuk mencapai tahap pengetahuan ICT bertaraf dunia.
- Mengujudkan komuniti pendidik bermaklumat melalui perkongsian pintar.
- Berinteraksi (menyumbang & menyampaian & menerima) belbagai jenis ilmu pengetahuan melalui rangkaian (network) ilmu yang terancang.
- Menggalakkan para pendidik dan pelajar menggunakan internet sebagai sumber capaian ilmu.
-Mengoptimakan penggunaan rangkaian SchoolNet dan KPMNet yang tersedia di sekolah dan pejabat pelajaran daerah.

Item-item utama

1. Papan Kenyataan

Ini module phpBB Forum yang diubah suai dan dijadikan ruangan bagi pegawai-pegawai di unit masing-masing menyampaikan maklumat dan berita terkini. Pengunjung dapat membaca info terkini atau tindakan yang perlu diambil oleh guru dan pelajar disamping bahan-bahan ilmiah dan artikel yang disampaikan. Ahli portal juga boleh membuat respon dengan pertanyaan berkaitan dengan makluman yang telah disampaikan itu.

2. E-Pejabat (untuk pentadbir di pejabat sahaja)

Modul automasi pejabat yang membolehkan pegawai-pegawai menyampaikan dan berkongsi maklumat saperti :
i. Laporan Penyeliaan sekolah-sekolah yang telah dipantau.
ii. Kemudahan Emel (WebMail).
iii. Laporan Minit Curai
iv. Pergerakan Pegawai
v. Tempahan Bilik Gerakan / Dewan Mesyuarat.


3. Kalendar Peristiwa

Kemudahan ini untuk semua ahli melaporkan aktiviti-akviti yg akan berlaku sebagai makluman kepada semua.

4. Ruangan Muaturun (Downloads)

Kemudahan ini untuk semua ahli muaturun aplikasi-aplikasi, borang, atau fail yg untuk tindakan sekolah. Ahli juga boleh menyumbang dengan mengirim pautan-pautan muaturun untuk dimenafaatkan bersama.

5. Ruangan Pautan Web (WebLinks)

Kemudahan ini untuk semua ahli mencapai pelbagai pautan laman web yg terdapat di dunia siber. Ahli juga boleh menyumbang dengan mengirim pautan-pautan web untuk dimenafaatkan bersama.

Kami di ppdkerian menyediakan ruang dan alat(tools) kepada ahli berfungsi sebagai ahli yang aktif. Portal ini bercirikan lamanweb interaktif. Anda tidak perlu bimbang jika anda tersalah "post' artikel, anda sendiri boleh menyuntingnya kembali atau menghubungi saya melalui email atau mesej peribadi (PM)untuk memperbetulkan kesilapan anda yang tidak sengaja itu.

Sebagai ahli dalam komuniti portal ppdkerian anda juga berperanan untuk menyumbang idea-idea bernas bagi menceriakan lagi portal milik kita semua ini. Forum merupakan salah satu cara baru dalam membuat perbincangan. Jika dahulu untuk berbincang, pelajar dan pengguna Internet lebih berminat menggunakan MIRC atau chatting. Kini dengan adanya forum, diskusi secara online dapat dilakukan tanpa perlu risau yang anda akan ketinggalan kerana setiap mesej yang dibalas akan dapat dibaca semula.

Semua kemudahan yang ada dalam portal ini adalah milik semua ahli untuk di pergunakan dengan bijaksana demi menjaga keharmoniannya.

2. OBJEKTIF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

2.1 Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan mengambilkira kebitaran sekolah-sekolah;

2.2 Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf, Perkembangan Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum;

2.3 Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan pengajaran- pembelajaran di sekolah;

2.4 Memimpin sekolah mengenalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam kontek konsep pendidikan seumur hidup;

2.5 Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan serta sensitif kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi negara;

2.6 Mewujudkan satu bank data yang kemaskini demi untuk pengurusan sumber yang berkesan;

2.7 Membantu Jabatan Pendidikan Negeri Perak merancang dan melaksanakan projek pembangunan, urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan;

2.8 Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat, PIBG, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Pejabat-Pejabat Kerajaan;

2.9 Memimpin sekolah memainkan peranan yang berkesan sebagai sumber rujukan masyarakat tempatan;

2.10 Memimpin sekolah-sekolah melaksanakan dan menjayakan semua Projek Khas Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Perak;

2.11 Membantu sekolah mengadakan program khidmat kesihatan dan keselamatan;

2.12 Membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam hal-hal perkhidmatan dan pengawalan tatatertib guru, murid-murid, pekerja sekolah dengan tujuan meningkatkan prestasi kerja dan

2.13 Memimpin sekolah supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat sekolah yang bersatupadu, mempunyai disiplin diri, berakhlak mulia, berkeyakinan diri dan dapat menyesuaikan dengan perubahan serta cabaran-cabaran dan setia kepada agama,bangsa dan negara serta mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

 

лимузин на свадьбу.
Category: Portal
Компания Сансити