• Visi dan Misi
  • Dasar Kualiti
  • HALA TUJU BAHARU

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

 Gambar Passport Tuan xsiap

Hj Hasni bin Hasshim

PERKHIDMATAN KAUSELING
Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Kinta Utara


Pengenalan

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling untuk semua warga pendidikan yang berkhidmat di bawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara termasuk pelajar-pelajar dan ahli keluarga terdekat.

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling merangkumi:

•    Perkhidmatan Kaunseling
•    Perkhidmatan Ujian Psikologi
•    Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah
•    Perkhidmatan Khidmat  Runding
•    Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling

 

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling

Kaunseling  adalah merupakan suatu proses perhubungan di antara kaunselor dan klien bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berdasarkan etika kaunseling.

Perkhidmatan Disediakan Untuk  :

Pegawai-pegawai, staf sokongan, guru-guru yang berkhidmat di bawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara termasuk pelajar-pelajar sekolah dan ahli keluarga yang terdekat.

Perkhidmatan Yang Disediakan  :

Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan seperti  berikut:
•    Memberi perkhidmatan kaunseling  secara individu atau kelompok
•    Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk
•    Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak yang berkenaan atau atas permintaan klien

Jenis Kaunseling :

•    Kaunseling Individu
Kaunseling individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelahan) dari mana-mana pihak.

•    Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan seramai 7-15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psikososial, seksual dan sebagainya.

•    Kaunseling Keluarga
Kaunseling Keluarga ialah kaunseling yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.


Cara Mendapatkan Perkhidmatan

1)    Bagaimana anda atau organisasi boleh mendapatkan perkhidmatan ini?
a.     Surat
b.    Telefon
c.    Datang sendiri secara bersemuka

2)    Apa yang perlu dinyatakan dalam permohonan jika sukarela / rujukan.
a.     Melengkapkan borang peribadi BK001 dan BK002A jika dirujuk.
b.    Melengkapkan Borang Rujukan Kaunseling oleh Ketua Jabatan.

3)    Perkhimatan kaunseling disediakan terhadap kehadiran
a.    Sukarela
b.    Dirujuk

Mungkin Kita Sering
Terjatuh Tetapi
Masih Ada Yang
Sudi Memimpin..................

Temui
Kaunselor Anda..................

Pn. Hajjah Noraini binti M. Saleh
Kaunselor Berdaftar, Perakuan Amalan
Kaunselor Organisasi Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
No. Tel: 05-254 4877 ext 125
012 – 521 0013

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

 

       
       
       
       
       
jpnkedah jpnjohor jpnkelantan jpnkl jpnlabuan jpnmelaka    
jpnpenang jpnperlis jpnputrajaya jpnsabah jpnsarawak jpnselangor    
      jpnns  jpnpahang     jpnterengganu  
 KPM
Bahagian Pendidikan Guru
 BPG
 EMIS
ePangkat
 e-Pangkat
eprestasipbppp
e-Prestasi PBPPP
 Dashboard KPM
eSPLG
 SPLG
 MQA
apdm
 APDM

QR Code Portal PPDKU

 
MyGov
Mampu
E-mel 1GovUC
SPP
PTPTN
Portal 1GovUC
MSC
JPA
ANM
HRMIS

Psikologi & Kaunseling

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling untuk semua warga pendidikan yang berkhidmat di bawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara termasuk pelajar-pelajar dan ahli keluarga terdekat. Read More...

i-Think

i-Think Read more...

KBAT

Docs / SupportKBAT adalah.....

PILL

Native RTL SupportPILL adalah.....