evden eve nakliyat istanbul nakliyat istanbul evden eve nakliyat nakliyat nakliyat firmaları nakliye depolama istanbul evden eve nakliyat Guru Ganti


  • Visi dan Misi
  • Dasar Kualiti
  • HALA TUJU BAHARU

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara

 Gambar Passport Tuan xsiap

Hj Hasni bin Hasshim

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH (KGSK/GSTT/GG)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

 

LATAR BELAKANG

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah bagi suatu tempoh tertentu. Bagi mengisi kekosongan sementara ini, Guru Ganti yang terdiri daripada pelajar lulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan atau pengalaman telah dilantik secara kontrak bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan berturutan.

 

DEFINISI GURU GANTI

Guru Ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan. Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

 

TUGAS GURU GANTI

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

 

TARAF PERKHIDMATAN DAN KADAR UPAH GURU GANTI

  • Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian dan kadar upah ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik (dibuktikan melalui dokumen yang sah) dan bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan.
  • Tempoh bertugas Guru Ganti tidak boleh melebihi 3 (tiga) bulan dari tarikh lantikan.

 

PUSAT TANGGUNGJAWAB

  • Pejabat Pendidikan Daerah diberi kuasa untuk melantik Guru Ganti yang diperlukan oleh sesebuah sekolah dalam daerah berkenaan.
  • Bayaran upah bagi Guru Ganti ini diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah atau Sekolah PTJ sebagai Pusat Tanggungjawab.

 

KELAYAKAN INDIVIDU UNTUK MEMOHON JAWATAN SEBAGAI GURU GANTI

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
  • Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 - 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam : Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina : Kepujian Bahasa Cina (SPM)
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil : Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

 

KELAYAKAN SEKOLAH UNTUK MEMOHON GURU GANTI

  • Permohonan Guru Ganti oleh sekolah adalah tertakluk kepada KEKOSONGAN SEMENTARA guru tetap yang SEDIA ADA di sekolah atas sebab Cuti Bersalin, Cuti Sakit, Cuti Rehat Khas, Cuti Tanpa Gaji, Menghadiri Kursus, Bertugas Kokurikulum dan Ko-Akademik JPN, Menunaikan haji / umrah dan lain-lain (Kedudukan perkhidmatan yang termasuk dalam kiraan kerana dianggap masih berada di sekolah). Walaubagaimanapun, kelulusan penempatan adalah tertaklum kepada Peruntukan Waran Guru Ganti dan Waran Perjawatan Tahun Semasa.
  • Permohonan Guru Ganti TIDAK BOLEH digunakan bagi mengisi KEKOSONGAN PERJAWATAN guru tetap yang BELUM DIISI atau DIKOSONGKAN atas sebab persaraan, pertukaran, kenaikan pangkat, lanjut pelajaran bergaji penuh / separuh dan lain-lain (Kedudukan perkhidmatan yang tidak termasuk dalam kiraan kerana dianggap tiada di sekolah).

 

MUAT TURUN

 

BORANG PERMOHONAN OLEH INDIVIDU

Borang GG2019-C : Borang Pemohonan Jawatan Guru Ganti 2019

 

BORANG PERMOHONAN OLEH SEKOLAH

Borang GG2019-S : Borang Permohonan Guru Ganti 2019

Borang GG2019-P : Borang Pemantauan Guru Ganti 2019

LAMPIRAN A : Permohonan Cuti Haji Di Bawah Perintah Am 34 & 35 Bab 'C'

LAMPIRAN B : Borang Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam

Surat Siaran : Surat Dari JPN Berkaitan Borang Kemudahan Cuti Bersalin

 

GARIS PANDUAN DAN PEKELILING BERKAITAN

Kedudukan Perkhidmatan Guru : Kelayakan Sekolah Untuk Memohon Guru Ganti

PP Bil.5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam

PP Bil.3 Tahun 2011 : Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian

Pegawai Pengawal 2019 : Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2019 KPM

 

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi :

 

PUAN SITI RAHAYU BINTI RAMLEE

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (KGSK/GSTT/GG)

Unit Pengurusan Sekolah

Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara

Tel : 05-2544877 / 2427293 ext 106

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

 

       
       
       
       
       
jpnkedah jpnjohor jpnkelantan jpnkl jpnlabuan jpnmelaka    
jpnpenang jpnperlis jpnputrajaya jpnsabah jpnsarawak jpnselangor    
      jpnns  jpnpahang     jpnterengganu  
 KPM
Bahagian Pendidikan Guru
 BPG
 EMIS
ePangkat
 e-Pangkat
eprestasipbppp
e-Prestasi PBPPP
 Dashboard KPM
eSPLG
 SPLG
 MQA
apdm
 APDM

QR Code Portal PPDKU

 
MyGov
Mampu
E-mel 1GovUC
SPP
PTPTN
Portal 1GovUC
MSC
JPA
ANM
HRMIS

Psikologi & Kaunseling

Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling untuk semua warga pendidikan yang berkhidmat di bawah naungan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara termasuk pelajar-pelajar dan ahli keluarga terdekat. Read More...

i-Think

i-Think Read more...

KBAT

Docs / SupportKBAT adalah.....

PILL

Native RTL SupportPILL adalah.....