Sejarah

Posted in Profil PPD

SEJARAH PPD KINTA SELATAN
 
              Agensi pusat mewartakan PPD Kinta Selatan sebagai Pejabat Pelajaran Daerah yang baru pada tarikh 01 Februari 2007 melalui surat Kementerian Kewangan B (6.00) 202/1/2-24 Jld. 24(4) bertarikh 07 Februari 2007. PPD Kinta Selatan mula beroperasi pada 01 Jun 2007 yang diketuai oleh YM Haji Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran dengan kekuatan pegawai dan staf seramai 24 orang. Majlis pelancaran PPD Kinta Selatan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussein Bin Harun, Pengarah Pelajaran Negeri Perak pada 06 November 2007.
              PPD Kinta Selatan beroperasi dengan mengambil satu blok bangunan sekolah SMK Kampar yang diubahsuai menjadi pejabat pentadbiran, bilik-bilik pegawai dan staf sokongan serta sebuah bilik mesyuarat. Pada Tahun 2008, sebuah bangunan satu tingkat telah dibina bersebelahan dengan bangunan induk bagi menempatkan Unit Kewangan, Unit Buku Rekod Perkhidmatan, 3 bilik pegawai dan bilik operasi atau bilik mesyuarat kecil. Bangunan ini mula digunakan pada akhir tahun 2008. Pada tahun 2012, sebuah bangunan pasang siap (kabin) telah dibina bagi menampung pertambahan pegawai di PPDKS. Bangunan ini mula digunakan pada 11 Februari 2013.
             Kawasan tadbir urus PPD Kinta Selatan merangkumi kawasan seluas 109.65 KM persegi meliputi Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Malim Nawar, Tanjung Tualang dan Tronoh. Tadbir urus PPD Kinta Selatan meliputi 80 buah sekolah yang terdiri daripada 15 sekolah menengah dan 65 sekolah rendah.
             Kini, PPD Kinta Selatan mempunyai 45 orang pegawai dan 21 orang staf sokongan dalam mengendalikan operasi di Daerah Kinta Selatan.
 
Senarai PPD yang pernah berkhidmat di PPD Kinta Selatan.
1.  YM Haji Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran    - 11.06.2007 hingga 31.11.2009
2.  Kapt. Dr. Hj. Ahmad Damanhuri Bin Ibrahim, PMP  - - 15.01.2010 hingga 09.08.2014

 

 

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches