Laman Rasmi PPD Kinta Selatan - HEBAHAN PPDKS 2015 - Topic: KUIRI PENYATA KEWANGAN SPKWS TAHUN 2018 (1/1)

MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: KUIRI PENYATA KEWANGAN SPKWS TAHUN 2018

KUIRI PENYATA KEWANGAN SPKWS TAHUN 2018 8 months 3 weeks ago #3997

KUIRI PENYATA KEWANGAN SEKOLAH BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2018


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH PERAK telah kuiri Penyata Kewangan Sekolah bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 bagi sekolah PPD KINTA SELATAN.

3. Oleh itu, mohon jasa baik pentadbir sistem SPKWS untuk membuat penghantaran semula sebanyak 4 set salinan Penyata Kewangan yang tidak dijilidkan (tidak perlu stapler,hanya guna klip kertas) dan hendaklah dihantar ke Unit Kewangan, PPD Kinta Selatan pada atau sebelum 28 Februari 2019. Berikut adalah susunan bagi 1 set kumpulan wang, sususan adalah sama seperti penghantaran sebelum ini cuma tidak termasuk buku tunai dan lampiran AB :

3.1 Kulit muka hadapan kuning (SEKOLAH RENDAH) & biru (SEKOLAH MENENGAH)

3.2 Perakuan Pengurus Sekolah (RUJUK ATTACHMENT)

3.3 Penyata Kunci Kira-Kira bagi tahun berakhir 2018 perlu dicop & ditandatangani oleh PENGURUS SEKOLAH serta cop rasmi sekolah.

3.4 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 2018 (jana tahun-tahun sebelum)

3.5 Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 2018 (jana tahun-tahun sebelum)

3.6 Nota Kepada Akaun 2018 (pastikan baki KWT 1.1.2018 bukan kosong '0') (sijil sudah disahkan oleh Pelulus)

3.7 Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit 2018

3.8 Salinan Penyata Bank Disember 2018

3.9 Penyata Penyesuaian Bank Disember 2018 berserta setiap lampiran A1-A6 yang berkaitan

4. Laporan hendaklah dalam bentuk 'hardcopy' sahaja. Bagi sekolah rendah muka hadapan berwama kuning manakala sekolah menengah berwama biru. Pihak sekolah tidak perlu mencatatkan nombor muka surat pada setiap helaian.

5. Bagi sekolah yang telah diaudit oleh Bahagian Audit Sekolah sehingga tarikh 26.02.2019 tidak terlibat dengan arahan ini. Sila hantar salinan surat pengauditan bulan Februari 2019 sahaja bagi sekolah yang terlibat.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Unit Kewangan PPD Kinta Selatan di talian 05-4671420. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


File Attachment:

File Name: SuratPerakuanPengurusSekolahPPDKIS.docx
File Size: 16 KB
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.149 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches
True Detective izle Euphoria izle

istanbul escort

baskılı peçete