Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: 10.11.2017 Taklimat Kursus i-Think Luar Talian

10.11.2017 Taklimat Kursus i-Think Luar Talian 1 week 6 days ago #3291

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

Taklimat Kursus i-Think Luar Talian (KiLT) 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, taklimat di atas akan diadakan seperti ketentuan berikut:-

Tarikh : 14 November 2017
Tempat : Makmal komputer, SK Toh Indera Wangsa Ahmad
Masa : Rujuk Lampiran 1 di dalam email 1GOVUC

3. Oleh itu, mohon tuan membenarkan guru penyelaras i-Think / KBAT untuk hadir ke taklimat tersebut. Kehadiran adalah wajib. Guru yang hadir diminta membawa komputer riba (bukan netbook) dan telefon bimbit YES Altitude.

4. Untuk makluman peserta taklimat, makanan tidak disediakan. Oleh itu peserta diminta makan tersebih dahulu sebelum hadir ke taklimat.

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Azril Bin Mohd Azlan, Penolong PPD Kurikulum (Sains & Matematik) di talian 012-5549934 atau 05-4650521.

6. Satu salinan surat panggilan telah diemailkan ke email 1GOVUC semua sekolah.

Segala kerjasama dari tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.114 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches