Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan
Tuan,
PERINGATAN MESRA : PENGISIAN DAN PENGESAHAN DATA STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) BAGI BULAN OGOS TAHUN 2018 DAERAH KINTA SELATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah membuat pengesahan data SEGAK bagi bulan Ogos.
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan yang belum membuat pengisian dan pengesahan untuk berbuat demikian
pada dan sebelum 9 November 2018 (Jumaat)
4. Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah yang masih belum membuat pengesahan data SEGAK bagi bulan Ogos Tahun 2018.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi , Cik Rozaida Binti Abdul Wahab, Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan) di talian 05-4650521 / 019-3663603.
6. Segala kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih
Senarai sekolah