Semua Guru Besar,
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Tuan,
BENGKEL PENATARAN KURIKULUM BAHASA INGGERIS SEJAJAR TAHAP PENGUASAAN CEFR BAGI TAHUN 4 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN
BAGI TAHUN 2019
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan bengkel tersebut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 4 - 8 November 2019 ( Isnin - Jumaat )
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Guru SK di SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
Guru SJK di SJKC Lawan Kuda Baru, Gopeng
Sasaran : Guru Bahasa Inggeris Tahun 4 (2020)
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan guru Bahasa Inggeris Tahun 4 ( tahun 2020) sekolah tuan untuk menghadiri bengkel tersebut.
4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ahmad Maswan bin Ahmad Fuaad, Penolong PPD Kurikulum ( Bahasa ) di talian 016-4402708.
Sekian, terima kasih.