MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: PENCALONAN PETUGAS TAMBAHAN SPM TAHUN 2019

PENCALONAN PETUGAS TAMBAHAN SPM TAHUN 2019 2 months 3 weeks ago #4155

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah / Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,

PENCALONAN PETUGAS PEPERIKSAAN SPM TAMBAHAN TAHUN 2019
DAERAH KINTA SELATAN

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Unit Penilaian dan Peperiksaan mengucapkan terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang telah menghantar Pencalonan Petugas Peperiksaan SPM Tahun 2019 . Namun demikian setelah penyelarasan petugas SPM 2019 disusun mengikut Pusat Peperiksaan , didapati Unit Penilaian dan Peperiksaan masih memerlukan 28 orang lagi Petugas SPM Tambahan bagi memastikan setiap Pusat Peperiksaan mempunyai Petugas Peperiksaan yang mencukupi mematuhi SOP peperiksaan.

2. Untuk makluman Pengetua dan Guru Besar , Pusat Peperiksaan SPM bagi sekolah menengah adalah 16 Pusat SPM selain itu Daerah Kinta Selatan mempunyai 5 buah Pusat Peperiksaan Persendirian dan satu Pusat Khas (Pusat Tahanan Seri Puteri, Batu Gajah) bagi menampung keperluan petugas di Pusat Peperiksaan berkenaan. Unit Penilaian dan Peperiksaan memohon kerjasama semua Pengetua mencalon 2 orang guru lagi setiap sekolah menengah bagi membantu Unit Penilaian dan Peperiksaan meletakkan petugas di pusat -pusat peperiksaan yang dinyatakan.

Kerjasama Pengetua untuk menghantar nama guru sebagai petugas sebelum atau pada 04 Julai 2019 adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD Kinta Selatan
27 Jun 2019



File Attachment:

File Name: SPM_BORANGPENCALONANPETUGAS2018.xlsx
File Size: 20 KB
The administrator has disabled public write access.
Moderators: Ghazali Bin Hashim
Time to create page: 0.132 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches