MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: 16.2.2017: LAPORAN BELANJA (BANT MODAL/MUBALIGH)

16.2.2017: LAPORAN BELANJA (BANT MODAL/MUBALIGH) 2 years 2 months ago #2509

Pengetua / Guru Besar
Sekolah Bantuan Modal /Bantuan Kerajaan/mubaligh

Tuan,

LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN SEKOLAH KEPADA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN PERAK DI BAWAH BELANJA MENGURUS (OE) 2015 DAN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Dimaklumkan bahawa pihak JPN Perak memerlukan Laporan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Penyelenggaraan Sekolah Kepada Sekolah Bantuan Kerajaan Perak di bawah Belanja Mengurus (OE), yang diturunkan ke sekolah tuan bagi tahun 2015 dan 2016 dengan kadar segera.

3 Pihak sekolah hendaklah memastikan bahawa peruntukan peryelenggaraan tersebut dibelanjakan hanya kepada skop kerja seperti berikut:
3.1 Kerja-kerja penyelenggaraan kecil bangunan sekolah.
3.2 Kerja-kerja naiktaraf / ubahsuai kecil.
3.3 Pendawaian elektrik.
3.4 Pembasmian anai-anai.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah (seperti Senarai Edaran) diminta melengkapkan laporan mengikut format yang dilampirkan dan dikembalikan sebelum 19 Februari 2017, 5 ptg (u.p: Unit Pembangunan dan Bekalan) dan di emailkan ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

5. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi En. Mohd. Ezraf Bin Mohd. Lizan (Penyelia Pembangunan & Bekalan, Unit Pembangunan dan Bekalan PPDKS) di talian 05-4650521 / 05-4671422.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(AHMAD KHALIL BIN MUKTI, PPT)
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah
Attachments:
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.149 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches