Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan
Tuan,
PELAKSANAAN BLUE OCEAN STRATEGY ONLINE TRAINING (BOSOT) TAHUN 2017
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Malaysia Blue Ocean Strategy Institute (MBOSI) sedang melaksanakan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) kepada penjawat awam (Gred 41 – 54) mulai tahun 2016.
3. Sehubungan itu, bagi pelaksanaan tahun 2017 telah menetapkan semua guru yang dipilih seperti di lampiran untuk mengikut program tersebut secara atas talian (online) mulai
26 Mei sehingga 27 Jun 2017.
4. Bagi yang telah berjaya menamatkan kursus ini boleh dikira 3 hari LADAP untuk direkodkan di dalam SPL KPM. Salinan sijil hendaklah diserahkan kepada SULDP.
5. Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyemak nama guru yang berada di sekolah tuan. Sekiranya terdapat guru yang bersara, bertukar atau meninggal dunia, pihak tuan perlu menggantikannya dengan guru yang lain. Guru-guru yang terlibat boleh log masuk menggunakan alamat
bostraining.my. Bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta yang terlibat bersama-sama ID dan token.
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rozaida binti Abdul Wahab di talian 05-4650521. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.