MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: PELAKSANAAN BOS ONLINE TRAINING (BOSOT)

PELAKSANAAN BOS ONLINE TRAINING (BOSOT) 2 years 3 months ago #2952

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan,
PELAKSANAAN BLUE OCEAN STRATEGY ONLINE TRAINING (BOSOT) TAHUN 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pelaksanaan Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT) tahun 2017 yang melibatkan guru-guru yang dipilih untuk mengikuti latihan tersebut secara atas talian (online) bermulai 26 Mei perlu diselesaikan pada atau sebelum 27 Jun 2017.

3. Sehubungan itu, mohon pihak tuan memastikan guru-guru yang terlibat menyelesaikan latihan tersebut sebelum tarikh akhir yang diberikan. Guru-guru dipantau secara terus oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan laporan dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

4. Bagi yang telah berjaya menamatkan kursus ini boleh dikira 3 hari LADAP untuk direkodkan di dalam SPL KPM. Salinan sijil hendaklah diserahkan kepada SULDP untuk proses sokongan latihan.

5. Bersama-sama ini disertakan sekali lagi nama guru-guru yang terlibat. Mohon kerjasama pihak tuan untuk menyemak nama guru yang berada di sekolah tuan. Sekiranya terdapat guru yang bersara, bertukar atau meninggal dunia, pihak tuan perlu menggantikannya dengan guru yang lain (DG41 keatas). Guru-guru yang terlibat boleh log masuk menggunakan alamat bostraining.my.

6. Sila isikan lampiran yang disertakan dan mengembalikan lampiran tersebut kepada pihak kami (u.p : Unit Latihan) pada atau sebelum 7 Julai 2017.

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rozaida binti Abdul Wahab di talian 05-4650521. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

File Attachment:

File Name: TokenGuruSekolahLatest.zip
File Size: 66 KB


File Attachment:

File Name: BORANGSENARAINAMAPESERTABOSOT.docx
File Size: 12 KB
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.130 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches