Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: PROGRAM “AKTIVITI@PERPUSTAKAAN” PERPUSTAKAAN DESA

PROGRAM “AKTIVITI@PERPUSTAKAAN” PERPUSTAKAAN DESA 1 week 2 days ago #3294

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan.

Tuan,

PROGRAM “AKTIVITI@PERPUSTAKAAN” PERPUSTAKAAN DESA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perpustakaan Desa Kampung Jelintoh akan mengadakan Program Aktiviti @ Perpustakaan anjuran bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dan JKKK Kampung Jelintoh. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat yang melibatkan segenap lapisan masyarakat dari kanak-kanak hingga dewasa. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah mengikut ketetapan seperti berikut:

Aktiviti Pertandingan Bercerita (Cerita Rakyat)
Tarikh 19 November 2017 (Ahad)
Masa 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat Perpustakaan Desa Kampung Jelintoh, Gopeng Perak
Peserta Pelajar Sekolah Rendah
Jum. Peserta 10 orang peserta

Aktiviti Pertandingan Mewarna
Tarikh 19 November 2017 (Ahad)
Masa 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat Perpustakaan Desa Kampung Jelintoh, Gopeng Perak
Peserta Pelajar Sekolah Rendah (Tahap I)
Jum. Peserta 50 orang peserta

Aktiviti Play With Alphabet
Tarikh 19 November 2017 (Ahad)
Masa 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat Perpustakaan Desa Kampung Jelintoh, Gopeng Perak
Peserta Pelajar Sekolah Rendah (Tahap II)
Jum. Peserta 20 orang peserta


Aktiviti Pertandingan Bina Kata
Tarikh 19 November 2017 (Ahad)
Masa 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat Perpustakaan Desa Kampung Jelintoh, Gopeng Perak
Peserta Pelajar Sekolah Menengah
Jum. Peserta 20 orang peserta

3. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh menghubungi Puan Masmiza Salleh 017-5629467 dan Puan Norazila Binti Mustafa 011-37819953.

4. Segala kerjasama dan sokongan dari pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.086 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches