MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2018

UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2018 1 year 8 months ago #3376

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan,
(u/p: Kaunselor/ Guru Bimbingan dan Kaunseling/Penyelaras Bestari/Makmal)

Tuan/Puan,

UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2018

Sehubungan dengan perkara di atas, diminta Kaunselor/Guru Bimbingan Kaunseling, Penyelaras Bestari/Makmal untuk menyampaikan maklumat ini dan memastikan semua murid bermula umur 8 tahun hingga 15 tahun diberikan peluang untuk mengambil ujian berkenaan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2018. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

2.1 Murid beragama Islam berusia 8 tahun - 11 tahun (Tahun 2- tahun 5 pada tahun 2018) untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia(PPCS@USIM Disember 2018);
2.2 Murid beragama Islam berusia 11 - 12 tahun (tahun 5 & 6 pada tahun 2018) untuk Program Muhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan bagi pemilihan ke Kolej PERMATA Insan ambilan Tahun 2019;
2.3 Murid pelbagai bangsa berusia 9 -15 tahun Tahun 3 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018) untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS@UKM Disember 2018); dan
2.4 Murid berusia 11-15 tahun (Tahun 5 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018) untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar UKM Ambilan Tahun 2019.

Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http:ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman web tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada En. Baharim Bin Hj. Ali, Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 05- 501 5105 atau 012- 506 5615.

Kerjasama dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan amat di hargai.
Sekian, terima kasih.
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.111 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches