MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPK (KAMPAR)

PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPK (KAMPAR) 1 year 8 months ago #3391

Semua Pengetua dan Guru Besar
Zon Kampar..

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYERAHAN BAUCER (SAKAN) KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK (MAIPk) KEPADA MURID-MURID ASNAF PARLIMEN KAMPAR.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan akan mengadakan Majlis Penyerahan Baucer (Sakan) Kelengkapan Persekolahan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) Kepada Murid-Murid Asnaf Parlimen Kampar pada 25 Januari 2018 (Khamis) jam 8.30 pagi di Arena Square Tualang Sekah.

3. Sehubungan itu, pihak tuan di minta mengeluarkan surat panggilan kepada ibu bapa atau penjaga supaya hadir ke majlis tersebut bersama murid-murid terlibat. Pihak sekolah juga diharap mempromosikan kehadiran ibu bapa ke majlis ini kerana pihak Pasaraya SAKAN akan menerima penebusan baucer serta merta di lokasi tersebut. Senarai nama murid dilampirkan dalam Portal PPD Kinta Selatan dan email rasmi 1GOVUC.

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi Encik Mohd Sharif bin Ibrahim, Penolong PPD Hem, PPD Kinta Selatan di talian 05-4650521/017-8838384. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian


File Attachment:

File Name: SENARAINAMAPESERTASUMBANGANSAKANKAMPARSHJ.xls
File Size: 151 KB
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.146 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches
baskılı peçete