MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2019

UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2019 1 month 3 days ago #3976

Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Kinta Selatan,
(u/p: Kaunselor/ Guru Bimbingan dan Kaunseling/Penyelaras Bestari/Makmal)

Tuan/Puan,

UJIAN SARINGAN PERMATA UKM1 TAHUN 2019

Sehubungan dengan perkara di atas, diminta Kaunselor/Guru Bimbingan Kaunseling, Penyelaras Bestari/Makmal untuk menyampaikan maklumat ini dan memastikan semua murid bermula umur 8 tahun hingga 15 tahun diberikan peluang untuk mengambil ujian berkenaan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2019. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

i. Program Perkhemahan Cuti Sekolah: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), UKM untuk murid-murid yang berusia 9 hingga 15 tahun pada tahun 2019;
ii. Program Perkhemahan PERMATA Insan, USIM untuk murid-murid beragama Islam yang berusia 8 hingga 11 tahun( murid tahun 2 hingga tahun 5) pada 2019; dan
iii. Program Muhayyam Al Abrar untuk murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 6 sahaja) pada tahun 2019 bagi pemilihan ambilan Asas 1 tahun 2020 Kolej PERMATA Insan (KPI)
iv. Kolej PERMATA Pintar, UKM bagi kemasukan 2020 untuk murid-murid berusia 11 sehingga 12 tahun(murid tahun 5 dan 6 sahaja) pada 2019.

Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web ukm1.permatapintar.edu.my/ . Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman web tersebut. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada En. Baharim Bin Hj. Ali, Penolong Pengarah (PAKK & Prasekolah), Sektor Pengurusan Sekolah di talian 05- 501 5105.

Kerjasama dan tindakan sewajarnya daripada pihak tuan amat di hargai.
Sekian, terima kasih.
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.126 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches