Semua Pengetua SMK/SBPI/SMJK dan Guru Besar SK/SJKC/SJKT,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini disertakan Peraturan Dan Syarat-Syarat Pertandingan Guru Inovatif 2015 Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan pada bulan Mei 2015. Sehubungan itu, tuan adalah diminta untuk menyampaikan peraturan-peraturan dan syarat-syarat pertandingan ini kepada guru-guru sekolah tuan dan menggalakkan penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut.
3. Pihak PPD amat mengharapkan banyak penyertaan guru-guru dari Kinta selatan pada tahun ini agar dapat diketengahkan ciptaan mereka di peringkat kebangsaan.
4. Semua projek inovasi dan ciptaan dari guru-guru sekolah tuan hendaklah dihantar ke PPD ( U.P. En. Mior Khir bin Haji Ghazali, Pen.PPD Rendah ) pada atau sebelum 24 April 2015.
5. Kerjasama dan galakan dari tuan-tuan agar guru-guru sekolah tuan menyertai pertandingan inovasi sempena Hari Guru Peringkat negeri Bagi Tahun 2015 ini amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Mior Khir Bin Haji Ghazali
Pen. PPD Rendah
PPD Kinta Selatan