MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: 20.04.15: TAKLIMAT VERIFIKASI DAN PENGUMPULAN DATA

20.04.15: TAKLIMAT VERIFIKASI DAN PENGUMPULAN DATA 4 years 4 months ago #517

Semua Guru Besar
Sekolah rendah
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

TAKLIMAT VERIFIKASI, PENGISIAN DAN PENGUMPULAN DATA SARINGAN 1 PROGRAM LINUS 2.0-NKRA TAHUN 2015.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan di bawah Program NKRA LINUS 2.0 (Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi) akan mengadakan taklimat di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : }
Masa : } SILA MUAT TURUN LAMPIRAN A
Tempat : }

3. Sehubungan dengan itu, dipohon supaya tuan membenarkan seorang Guru Penyelaras LINUS (Literasi Bahasa Malaysia atau Numerasi atau Literasi Bahasa Inggeris) dari sekolah tuan untuk hadir ke taklimat ini.

4. Sila bawa bersama Data Pelaporan Saringan LINUS yang lengkap untuk Saringan 1 Tahun 2015 (Seperti Lampiran B), komputer riba dan broadband untuk memudahkan pengisian data secara ‘on-line’. Untuk makluman tuan, tarikh pengisian data Saringan 1 ke dalam Portal NKRA adalah pada 20-30 April 2015. Semua Data Pelaporan Saringan 1 (2015) mesti dihantar ke PPD semasa menghadiri taklimat ini.

5. Kerjasama tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohamad Fadly bin Mohamad Alias (Pegawai FasiLINUS Numerasi) di talian 012-574 8992 atau En. Muhammad Shahabudin bin Talib (Pegawai FasiLINUS Numerasi) di talian 013-518 5524.

Sekian, terima kasih.
Attachments:
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 0.112 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches