MAKLUMAT PPDKS

More Topics »

Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: UCAPAN TAHUN BARU 2015 OLEH TUAN PPD KINTA SELATAN

UCAPAN TAHUN BARU 2015 OLEH TUAN PPD KINTA SELATAN 4 years 4 months ago #7

  • Super User
  • Super User 's Avatar
  • OFFLINE
  • Administrator
  • Penyelia ICT
  • Posts: 297
UCAPAN TAHUN BARU 2015
TUAN HAJI WAZIR BIN MUSTAPA
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN
KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN
Pertamanya, sukalah saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama-sama pada tahun baru 2015 ini. Seperti kita sedia maklum, cabaran dan perubahan lanskap pendidikan kini amatlah dinamik dan perlu ditangani dengan bijaksana. Sehubungan itu, suka saya maklumkan tentang aspirasi yang perlu kita jayakan bersama iaitu;

1) Meningkatkan Enrolmen Murid dengan merentasi semua tahap murid di sekolah.
2) Meningkatkan Kehadiran Murid yang melibatkan penglibatan Ibu-bapa, Komuniti & Swasta(PIBKS) dan Kerjasama Agensi Luar.
3) GPS peperiksaan awam dengan memperbaiki kedudukan PPD Kinta Selatan di kalangan PPD negeri Perak dalam peperiksaan awam.
4) Kepimpinan Instruksional dengan mengadakan Dialog Prestasi, Pemantauan dan Bimbingan, Coaching & Mentoring dan Konvensyen Kajian Tindakan PGB kepada semua Pengetua dan Guru Besar.
5) Pencapaian Bahasa Inggeris (UPSR) dengan murid sekolah rendah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik menggunakan bimbingan oleh menggunakan bimbingan oleh SISC+ dan melalui program LINUS 2.0.
6) Pencapaian Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT bertambah baik dengan meningkatkan pedagogi guru Bahasa Melayu menggunakan bimbingan oleh SISC+ dan melalui program LINUS 2.0.
7) Pencapaian Bahasa Inggeris peringkat SPM lebih baik dengan bantuan menggunakan bimbingan oleh SISC+ dan melalui program LINUS 2.0.
8) Meningkatkan penggunaan 1 Bestarinet oleh semua warga Kinta Selatan melalui latihan dan bimbingan secara berterusan.
9) Merealisasikan kemenjadian murid kearah meningkatkan kecemerlangan sahsiah, disiplin dan ko-kurikulum.
10) Keberkesanan program yang dijalankan di daerah yang dapat memberi impak yang maksimum kepada guru-guru mengikut Prosedur PK-18 (MS ISO 9001:2008)
11) Penglibatan dan Kebersamaan Ibu-bapa dalam semua program sekolah dan menurunkan bilangan aduan melalui perkongsian Pintar, Buletin dan Hari Bersama Pelanggan.
12) Kemudahan Infrastruktur dengan menekankan keadaan selamat, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid.
13) Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) dengan meningkatkan pencapaian akademik terutamanya Peperiksaan UPSR dengan berfokuskan kepada Program Outreach, Intervensi berfokus, LINUS 2.0 dan kerjasama pihak luar contohnya (JHEOA)
14) Kemahiran Aras Tinggi (KBAT) meningkatkan aspek pemahaman dan pembudayaan KBAT dalam Pdp dengan meningkatkan peratus soalan berbentuk KBAT dalam ujian kendalian pihak sekolah.
15) Program Transformasi Daerah (DTP) yang dapat memperkasakan PPD dan sekolah ke tahap yang lebih optimum terutama meningkatkan kedudukan PPD di peringkat kebangsaan (Top 40)
16) Keberadaan Guru iaitu mengurangkan ketidakberadaan guru di sekolah seterusnya dapat Melindungi Masa Instruktional (MMI)

Tidak ada kejayaan melainkan pada tahap kecemerlangan. Sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, saya berharap semua sekolah dibawah Pejabat Pendidikan ini dapat memperteguhkan kedudukan mereka menjadi sekolah yang cemerlang dan berwibawa. Saya berdoa agar tahun 2015 memberikan kita lebih kebahagiaan dan kemakmuran. Bersama kita terus beriltizam mencarta pembangunan dan kemajuan pendidikan yang dicari. Ayuh, terus kita melangkah ke hadapan dengan “Kinta Selatan Moving Forward”

Sekian, terima kasih.
The administrator has disabled public write access.
Time to create page: 1.964 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches