Welcome, Guest
Username: Password: Remember me

TOPIC: KEW.8 BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) 2015

KEW.8 BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) 2015 3 years 5 months ago #734

Perhatian ,

Guru Besar,
Sekolah Rendah
Daerah Kinta Selatan.

PENYEDIAAN LAPORAN PERUBAHAN KEW.8 BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan merujuk surat J.Pel.Pk.(AM)4931/5/Jld.4(11) bertarikh 23 Jun 2015 telah mengarahkan penyediaan Laporan Perubahan Kew.8 bagi anggota-anggota yang layak dibayar BKK mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2015.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan menyediakan 3 salinan Laporan Perubahan Kew.8 BKK bagi anggota-anggota di bawah pentadbiran tuan. Kew.8 yang telah lengkap hendaklah di kemukakan ke pejabat ini sebelum atau pada 1 Julai 2015

4. Sila pastikan setiap Laporan Perubahan Kew.8 yang dihantar dilampirkan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap iaitu:-

4.1. Sesalinan Cetakan Slip Bonus (Setiap anggota)
4.2. Sesalinan surat kelulusan atau Kew.8 bagi kes-kes Cuti Tanpa Gaji/Cuti Separuh Gaji
dan lain-lain yang berkaitan

5. Bagi kes-kes Bersara/Meninggal dunia dan Pembantu Pengurusan Murid Sambilan (PSH) yang layak dan akan dibayar melalui Baucar Berasingan, Sila pastikan Kew.8 di tag berwarna untuk memudahkan pejabat ini membuat semakan segera.

6. Sila muat turun Surat JPN, Contoh penyediaan Kew.8 BKK dan juga Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2015 di ruangan attachments dibawah.

Sekian, terima kasih
Attachments:
The administrator has disabled public write access.
Moderators: ZULKIPLI BIN DIN
Time to create page: 0.190 seconds

Lock full review www.8betting.co.uk 888 Bookmaker

cheap replica watches