Lawatan Penanda Aras PPD LMS

Taiping- Para pegawai dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Kayang, Kuala Perlis pada 25 Julai 2017.

Program Perkongsian Pintar ini bermula pada pukul 9.00 pagi. Program ini dimulakan dengan ucapan alu- aluan dari pengerusi majlis yang disandang oleh Pn. Rifqatul Madiha, guru SK Kayang.SK Kayang mengamalkan amalan Pengajaran Abad 21 (PA21) serta mendapat pengiktirafan sijil dari Menteri Pendidikan yang telah disahkan oleh pengarah JPN Perlis.

Seterusnya ucapan dari Tn Haji Aminuddin Bin Mhd Nor selaku Tn. PPD LMS meluahkan rasa penghargaan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima lawatan serta menyatakan hasrat dan objektif lawatan iaitu melihat kelas bestari dan bilik frog VLE serta melihat pengoperasian frog VLE yang mencapai tahap 85- 90% setiap bulan.

Guru Besar SK Kayang memberi perkongsian pintar dengan aktiviti pdp yang menggunakan frog VLE. Selain itu, membuat aktiviti jaringan bersama Negara Luar, Singapura dan Thailand. SK Kayang juga menggunakan teori MIC (Maintain, Improve, Change).  YTL dengan pintar bekerjasama untuk projek kelas bestari frog VLE (Classroon Make Over). Kayang Cyber di bawah pelan stategik TMK menghasilkan bahan multimedia dalam frog VLE dan pembelajaran berasaskan Laman Web.