Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

11 Ogos 2017  dengan jayanya telah berlangsung satu Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertempat di Dataran IImu, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Seterusnya antara tetamu yang hadir adalah Tuan Haji Aminuddin Bin Mhd Nor, Tn PPD LMS, En. Khairol Anuar Bin Khalid, Timb PPD, para pegawai PPD LMS, Pengarah SPRM Perak, YBhg. Dato’ Hajah Nooraziah Abdul Manaf, Pengetua dan Guru Besar sekolah Daerah Larut Matang dan Selama. 

Majis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya (SPRM) iaitu Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepemimpinan organisasi dan warganya secara sukarela untuk memastikan setiap individu yang mendatangani ikrar tersebut akan lebih peka dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberi serta menjauhkan diri dari gejala rasuah selama mereka  menyandang jawatan tersebut.

IBR ini juga turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab ekseutif SPRM semata-mata akan tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat khususnya yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan bagi memastikan negara ini bebas dari sebarang gejala rasuah dan  salah guna kuasa.

En Raman Bin Nusi bertanggungjawab sebagai pengerusi majlis  bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Majlis dimulakan dengan Taklimat Integriti oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak seterusnya dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Shahrol Azmi Bin Jumari. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Muhammad Amin Bin Hj. Zakaria (Pengerusi JawatanKuasa Pendidikan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak).

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj IBR dan Lafaz ikrar yang diketuai oleh Timbalan PPD LMS, En. Khairol Anuar Bin Khalid. Seterusnya,sesi menandatangani dokumen IBR diantara Tn. PPD LMS, Tuan Haji Aminuddin Bin Mhd Nor dan Pengarah SPRM Perak, Pengarah SPRM Perak, YBhg. Dato’ Hajah Nooraziah Abdul Manaf.