Sejarah

Sejarah penubuhan pusat pentadbiran pelajaran daerah bermula pada sekitar tahun 60an. Pejabat Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan mula beroperasi pada awal 1960 yang ketika itu merupakan satu-satunya pusat pentadbiran terhadap sekolah-sekolah kebangsaan. Pada masa itu ada di antara Pejabat Pengelola Sekolah Daerah menglangkaui beberapa daerah pentadbiran.Ketika itu, jawatan pegawai pelajaran selaku Ketua Pentadbir Pelajaran Daerah disebut Pegawai Pengelola Sekolah. Beliau dibantu oleh beberapa Pegawai iaitu Penolong Pengelola.

Pada tahun 1982, berlaku penstrukturan semula pejabat pelajaran daerah. Pengstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak ketika itu melibatkan perubahan jawatan-jawatan Pejabat Pelajaran Daerah diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Pendidikan (Menengah) dan seorang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) serta dua orang Penyelia (Menengah dan Rendah).

Pada tahun 1995, sekali lagi berlaku pengstrukturan semula Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) /Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB). Tiga unit diwujudkan untuk membantu dan melicinkan jentera pentadbiran iaitu Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan. Ekoran daripada itu, Pegawai Pendidikan Daerah dibantu oleh tiga orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah mengikut unit pengurusan berkenaan. Jawatan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Rendah) dikekalkan.

Merujuk kepada pekeliling KP (PP) 0051 Jld. 10 (66) bertarikh 23 Jun 2003 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia. Berdasarkan penstrukturan semula oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua PPB/PPB seluruh negara, PPD Larut, Matang & Selama telah dikategorikan dalam Gred A.