Pembangunan Dan Bekalan


PENGENALAN UNIT PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

Fungsi Unit

PEMBANGUNAN DAN BEKALAN

  • Pengurusan Projek Pembangunan.
  • Mengendali Data Pendidikan Peringkat Daerah.
  • Membantu Jabatan Pendidikan Perak merancang pemetaan dan keperluan membangunkan sekolah.
  • Membantu Jabatan Pendidikan Perak mengawasi kerja-kerja pembangunan dan mengambil alih bangunan.
  • Menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
  • Penyediaan projek-projek di bawah Rancangan Pembangunan Infrastruktur Fizikal.
  • Penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya dan Agensi lain berkaitan dengan projek.
  • Pengurusan permohonan tanah untuk tapak projek sekolah dan pajakan/sewaan tanah.
  • Pengurusan maklumat Projek-projek Pendidikan 10. Pengurusan pajakan / sewaan Tanah Pendidikan

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN

  • Merancang dan mengurus kajian keperluan permohonan sekolah untuk melaksanakan penyelenggaraan ubah suai, dan naik taraf.
  • Mengurus dan melaksanakan lawatan tapak, menyiasat dan menilai kerosakan fizikal sekolah, asrama, makmal komputer, prasekolah dan rumah guru bagi menentukan keperluan dan kesesuaian sesuatu kerja yang perlu dibuat.
  • Merancang dan mengurus Anggaran Belanja Mengurus (ABM) serta memohon peruntukan kewangan.
  • Mengurus dan menyediakan justifikasi kerja dan anggaran kos sesuatu kerja.
  • Mengurus sebutharga kerja-kerja yang akan dilaksanakan.
  • Mengurus lawatan tapak dan memberi taklimat kepada kontraktor yang menyertai tawaran sebut harga.
  • Mengurus Jawatankuasa Pembuka Sebut harga dan Jawatankuasa Sebut harga di peringkat daerah.
  • Mengurus tawaran kepada kontraktor yang berjaya.
  • Memantau dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan ubah suai dan naik taraf mengikut spesifikasi dan butiran kerja yang ditetapkan
  • Memperakukan dan membuat penilaian kerja-kerja yang disiapkan oleh kontraktor.
  • Mengurus pembayaran kepada kontraktor
  • Mengadakan perbincangan dengan JKR untuk memperbaiki kerosakan yang melibatkan struktur bangunan, kerja elektrik dan mekanikal.
  • Mengumpul maklumat dan data untuk pembinaan sekolah baru, bangunan tambahan, bangunan gantian, asrama, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.
  • Mengenal pasti dan membuat kajian kesesuaian tapak projek sekolah, rumah guru, makmal komputer dan prasekolah.
  • Mengurus pengambilan tanah untuk sekolah baru dari pihak pemaju, kerajaan Negeri dan tanah individu.
  • Mengadakan perbincangan mengenai brif projek dengan pihak JKR atau agensi perlaksana.
  • Menghadiri mesyuarat tapak projek sekolah baru, bangunan gantian, bangunan tambahan, asrama, rumah guru dan makmal komputer
  • Menyediakan laporan kemajuan projek dan keperluan tambahan serta aduan daripada pihak pengguna.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan dari KPM.

PENGURUSAN BEKALAN PERABOT & PERALATAN 

  • Membuat kajian keperluan perabot dan peralatan yang diperlukan oleh sekolah dan asrama.
  • Menyelia penghantaran dan penerimaan bekalan dan peralatan perabot ke sekolah.
  • Menyelia pengurusan stok dan inventori bagi bekalan perabot dan peralatan disekolah dan asrama.
  • Mengurus perpindahan bekalan perabot dan peralatan yang berlebihan dari sekolah ke sekolah lain yang memerlukan.
  • Mengumpul maklumat keperluan peralatan PPSMI.
  • Memantau penghantaran PPSMI kesekolah.
  • Mengurus penyelenggaraan peralatan PPSMI oleh syarikat pembekal.
  • Mengurus aduan kehilangan peralatan PPSMI.

PENGURUSAN KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN 

  • Mengurus permohonan kompleks rumah guru.
  • Memfailkan dan membuat tapisan sebelum dipanjangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengagihan Kuarters.
  • Menghantar surat tawaran dan setuju terima kepada pemohon yang berjaya menduduki rumah guru.
  • Terima surat setuju terima dan serah kunci kepada pemohon.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi oleh penghuni rumah guru.
  • Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan rumah guru jika ada peruntukkan.

PENGURUSAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN KAWASAN dan PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA 

  • Mengurus dan mengumpul maklumat mengenai keperluan Perkhidmatan pembersihan bangunan sekolah dan kawalan Keselamatan swasta.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Perak dalam menyusun dokumen tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.
  • Mengurus penjualan dokumen tender perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.
  • Menyelia dan mengurus pembukaan tender bagi perkhidmatan kebersihan bangunan & kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta.
  • Memantau dan menyelia pelaksanaan projek kebersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta.
  • Mengambil tindakan kepada syarikat yang melanggar kontrak bagi projek pembersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan.
  • Menguruskan pembayaran kepada syarikat pembersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan swasta

PENGURUSAN ASET ALIH dan TAK ALIH KERAJAAN 

  • Menyelaras pengurusan semua aset alih kerajaan di bawah kawalannya meliputi:
    • Penerimaan
    • Pendaftaran
    • Penggunaan,penyimpanan dan pemeriksaan
    • Penyelenggaraan
    • Pelupusan
    • Kehilangan dan Hapuskira
  • Menguruskan pelantikan pegawai pemeriksa dan lembaga pemeriksa aset.
  • Menjadi urus setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.
  • Menyelaras penyediaan laporan aset alih kerajaan seperti berikut:
    • Harta modal dan Inventori
    • Pemeriksaan harta modal dan inventori
    • Pelupusan aset alih kerajaan
    • Tindakan surcaj dan tatatertib
  • Melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan berpandukan kepada:
    • Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.
    • Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Kementerian Kewangan).
    • Carta Aliran Kerja Pengurusan Aset

PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN 

  • Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Pembangunan bagi bidang OS2800 dan OS 3200 mengikut akitivit spt Menengah, Rendah, Asrama, Pra-sekolah dan Pentadbiran.
  • Menyelaras permohonan belanjawan dan mengawal semua Belanja Pembangunan mengikut prosedur dan peraturan semasa.
  • Mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat yang terpilih untuk melaksankan kerja-kerja penyelenggaraan.
  • Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang Dan Selama
  • Mengeluarkan pembayaran bagi projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.
  • Penyediaan laporan Prestasi Kewangan setiap bulan.