Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


PENGENALAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pengenalan / Latar Belakang

Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi merupakan salah sebuah Sub Unit Organisasi, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama yang diterajui oleh dua (2) orang pegawai ;

  • Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Penyelia ICT

Fungsi Unit

  • Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;
  • Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;
  • Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;
  • Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.
  • Menyediakan khidmat sokongan teknikal
  • Menyelaras dan menyenggara laman web
  • Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

Objektif

  • Memastikan proses kutipan data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Sekolah, ePrestasi, eNazir dan Sub NKRA berjalan mengikut jadual, dan mencapai 100% menjelang akhir kutipan.
  • Memastikan semua sistem HRMIS, APDM, GPKI, eSPKB, ePerolehan, dan eTerimaan boleh dijana melalui talian GovNet di Pejabat Pendidikan Daerah bagi semua komputer pegawai dan kakitangan yang layak.
  • Memastikan urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pergerakan Gaji Tahunan semua pegawai dan kakitangan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah diselesaikan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua peralatan ICT di Pejabat Pendidikan Daerah berfungsi sepenuhnya dan berupaya menjana semua sistem dan aplikasi mengikut keperluan.
  • Memastikan talian GovNet sentiasa berfungsi dan memperolehi capaian internet.
  • Memastikan semua perolehan ICT di Pejabat Pendidikan Daerah didaftarkan oleh Pegawai Aset dan diperiksa dalam tempoh 7 hari dari tarikh terima.
  • Memastikan semua peralatan ICT diselenggara dengan baik dan mengikut jadual yang telah ditetapkan termasuk Prebentive Maintenance dan Corrective Maintenance.
  • Memastikan bahan di dalam portal rasmi Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa dikemaskini.
  • Memastikan / memantau / menyelia / mengurus perbekalan peralatan ICT ke sekolah-sekolah mencukupi dan berfungsi dengan baik dan sesuai digunakan mengikut keadaan semasa.
  • Memastikan / memantau / menyelia / mengurus semua peralatan ICT di sekolah-sekolah dan Pejabat Pendidikan Daeran diselenggara dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memastikan PKG (Pusat Kegiatan Guru) memantau / menyelia / menguruskan hal ehwal bantuan teknikal dan pemantauan ke semua sekolah dalam daerah.
  • Memastikan / memantau / menyelia / mengurus hal ehwal bantuan teknikal dan pemantauan ke semua sekolah dalam daerah yang mendapat kemudahan 1BestariNet dan Yes (YTL).