School Improvement Specialist Coaches (SISC+)


School Improvement Specialist Coaches


Spesifikasi Tugas Pegawai SISC+

Pegawai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama Pegawai SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalan masing-masing ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.

Selaku Pegawai SISC+, akan memperuntukkan antara 80% hingga 90% masa bekerja dengan guru yang dibimbing (GDB)  di sekolah.

Antara tanggungjawab utama Pegawai SISC+ adalah;

  • Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
  • Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
  • Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
  • Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
  • Membantu¬† dan menyelaras pelaksanaan latihan berterusan (CPD) untuk guru di daerah masing-masing.

Dalam merealisasikan tanggungjawab di atas, skop tugas SISC+ boleh diperincikan seperti jadual di bawah.

Coaching and
Mentoring
  • Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan inovatif.
  • Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah.
  • Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
Kurikulum
  • Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.
  • Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian kurikulum dalam bilik darjah.
  • Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran masing-masing.
  • Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
Pelaporan
(Reporting)
  • Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada PPD setiap dua minggu.
  • Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
Jaringan
(Networking)

  • Melaksanakan perkongsian pintar.
  • Melaksanakan sesi latihan bersama bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan.