LINUS


Pengenalan / Latar belakang

Unit LINUS merupakan salah satu sub unit Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama yang diterajui oleh dua belas orang pegawai yang terdiri daripada:

  • Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu
  • Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris
  • Pegawai FasiLINUS Numerasi

Unit LINUS bertanggungjawab memastikan semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap 1 melalui enam strategi pelaksanaan iaitu:

    Strategi 1 : Saringan Murid
    Strategi 2 : Modul Pengajaran dan Pembelajaran
    Strategi 3 : Pengukuhan dan Pemantapan Kompetensi Guru
    Strategi 4 : Kesedaran Komuniti dan Pihak Berkepentingan
    Strategi 5 : Pemantauan, Penilaian, Penyeliaan dan Bimbingan
    Strategi 6 : Pewujudan Jawatan Pegawai FasiLINUS

Fungsi Utama

Pegawai FasiLINUS di Unit LINUS bertanggungjawab

  1. Kepada sekolah-sekolah berdasarkan nisbah 1:30

  2. Melaksanakan peratus pengagihan tugas dan tanggungjawab Pegawai FasiLINUS adalah mengurskan 80% tugas berkaitan Program LINUS2.0 termasuk bimbingan dan pementoran, serta 20% membantu urus tadbir di Pejabat Pendidikan Daerah.

    Tugas dan tanggungjawab utama Pegawai FasiLINUS adalah:

     - bertindak sebagai fasilitator
     - koordinator LINUS2.0 di daerah dan negeri
     - membimbing dan membantu pentadbir sekolah guru dan murid
     - melaksanakan latihan berterusan kepada guru
     - merancang dan melaksanakan program sokongan, pemulihan dan intervensi pendidikan kepada guru dan murid

  3. Memastikan segala maklumat berkaitan Program LINUS2.0 sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah melalui:

    - media cetak
    - media elektronik
    - taklimat/kursus/bengkel/mesyuarat

  4. Menyelaras dan melaksanakan latihan on-site di sekolah/PKG/premis kerajaan kepada guru yang terlibat dengan LINUS2.0 sekurang-kurangnya 18 jam setahun

  5. Membimbing dan mencerap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran LINUS2.0 di sekolah

  6. Menguruskan pelaksanaan Program LINUS2.0 dari aspek sistem pengurusan fail, pengumpulan data dan analisis murid, media pengajaran, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran saringan dan pengurusan kewangan

  7. Mengumpul dan menganalisis data

  8. Membantu guru pemulihan dan guru akademik menempatkan murid tidak menguasai di kelas pemulihan dan kelas aliran perdana

  9. Membantu dan memberi khidmat nasihat/cadangan kepada pihak sekolah untuk menyediakan pelan intervensi  LINUS2.0 yang berkesan dan efektif

  10. Menetapkan sasaran ke arah sifar murid yang tidak menguasai LINUS2.0 selepas setiap saringan berdasarkan saringan LINUS2.0

Visi

Penguasaan sepenuhnya kemahiran asas literasi dan numerasi dalam usaha menghasilkan modal insan cemerlang yang memiliki pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Misi

Mencapai KPI NKRA setiap saringan dengan murid menguasai Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

Objektif

Dalam mencapai visi dan misi Unit LINUS telah menetapkan objektif untuk memperkasakan literasi dan numerasi dalam aspek

    (a) Penyeliaan dan bimbingan pembelajaran dan pemudahcaraan
    (b) Penyeliaan dan bimbingan pengurusan kurikulum sekolah
    (c) Pemantapan pedagogi dan pentadbiran saringan
    (d) Bimbingan berfokus kepada murid tidak menguasai
    (e) Pemantapan kesedaran ibu bapa terhadap Program LINUS2.0