Ko-Kurikulum / Ko-Akademik

PENGENALAN UNIT KO-KURIKULUM / KO-AKADEMIK

Fungsi Unit

  • Mengumpul dan menganalisis data-data penglibatan murid dalam semua program dan aktiviti kokurikulum peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta mengemaskinikan dari semasa ke masa.
  • Mengurus dan mengelolakan aktiviti unit uniform, perkembangan koperasi sekolah, kokurikulum akademik dan penubuhan kelab-kelab dan persatuan dalam daerah.
  • Membantu merancang, melaksana dan menilai program pembangunan dan kemudahan Pusat Kolurikulum sebagai tempat latihan bagi pelajar-pelajar, guru-guru dan pengurusan sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam bidang motivasi, ketahanan fizikal/lasak,ketahanan mental, kepimpinan, kemahiran dan pengurusan melalui aktiviti Pendidikan Luar.
  • Menyediakan surat-surat yang berkaitan dengan Unit Kokurikulum yang diarahkan atau berkaitan dengan bidang tugas mengikut budi bicara serta dalam ruang lingkup perjawatan yang dibenarkan.
  • Bekerjasama dengan agensi luar dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum setelah mendapat arahan dari Jabatan.
  • Menghadiri atau mewakili Unit, Sektor atau Jabatan ke mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang diarahkan.
  • Merancang dan menyelaras berdasar Sasaran Kerja Tahunan bagi Unit Kokurikulum PPD.
  • Merancang dan mengurus keperluan sesuatu mesyuarat, taklimat, penerangan, bengkel, kursus dan kajian tindakan yang dikelolakan oleh Unit Kokurikulum seperti diarahkan.
  • Bekerjasama, membantu dan melaksanakan bersama dengan Pengerusi Teknik Kokurikulum dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan.

TUGAS BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM

  • Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Unit Beruniform , Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik dan bidang penggalakan bagi sekolah rendah dan menengah.
  • Membantu merancang dan mengurus serta mengawalselia setiap aktiviti Unit Kokurikulum peringkat daerah.
  • Membantu memantau program dan aktiviti Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.
  • Membantu menjalankan kajian keberkesanan Pelaksanaan Kokurikulum peringkat sekolah dan daerah.
  • Memastikan setiap pelajar di daerah menyertai semua program dan aktiviti Kokurikulum dan Pendidikan Luar peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menyelaras dan meninjau kemajuan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
  • Mengurus dan melaksanakan program dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan bidang Pasukan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Kokurikulum Akademik di peringkat sekolah, daerah negeri dan kebangsaan.
  • Melaksana penyeliaan dan pemantauan program dan aktiviti Kokurikulum yang berkaitan dijalankan.
  • Memastikan prosedur keselamatan pelanggan yang terlibat dalam setiap program dan aktiviti bidang kokurikulum di tahap yang optimum.