School Improvement Partner Plus (SIPARTNER+)


School Improvement Partner Plus (SIPARTNER+)

Fungsi

  • Memberi bimbingan profesional kepada kepimpinan sekolah berdasarkan sembilan bidang kompetensi kepengetuaan (SKKSM) seperti di bawah:

    • Pengurusan &Kepimpinan Organisasi
    • Pengurusan Kurikulum
    • Pengurusan Kokurikulum
    • Pengurusan Hal Ehwal Murid
    • Pengurusan Kewangan
    • Pengurusan Pentadbiran Pejabat
    • Pengurusan Persekitaran & Kemudahan Fizikal
    • Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
    • Pengurusan Perhubungan Komuniti/Luar

  • Membimbing kepimpinan sekolah mengenal pasti isu-isu pengurusan dan kepemimpinan berlandaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
  • Membimbing kepimpinan sekolah merangka intervensi mengikut keperluan
  • Membimbing PGB dalam pembangunan profesionalisme
  • Membimbing kepimpinan sekolah untuk memantapkan pelaksanaan Dasar-dasar KPM

Aspek Bimbingan

  • Memberi bimbingan profesional kepada kepimpinan sekolah bagi peningkatan prestasi sekolah :
  • Membantu Pengurusan Kepimpinan Sekolah dalam Perancangan dan  Pengurusan Organisasi selaras dengan Standard Kualiti kementerian Pendidikan.
  • Membantu kepimpinan sekolah membina KPI ke arah pencapaian kemajuan KPI daerah, negeri dan kebangsaan.
  • Mengenalpasti keutamaan untuk penambahbaikan dan pelan perubahan Berkesan.
  • Membantu mengatasi cabaran dalam membangunkan organisasi.
  • Membantu menyediakan sokongan pembangunan kendiri kepimpinan sekolah.
  • Menyalurkan maklumat untuk mentadbir urus peningkatan prestasi sekolah dengan lebih berkesan.

Strategi Pelaksanaannya

  • Merancang lawatan bimbingan ke sekolah-sekolah mengikut pencapaian band
  • Melawat sekolah untuk mengadakan pemerhatian sekolah dan membimbing PGB
  • Mengenalpasti bidang bimbingan kepada PGB
  • Melaksanakan bimbingan berfokus
  • Melaksanakan intervensi bersama-sama dengan PGB
  • Melaporkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
  • Mendokumenkan dapatan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

  • OUTPUT:
    Bilangan PGB ialah 25 hingga 30 orang setahun.
    Bilangan kekerapan bimbingan setiap PGB ialah minimum 3 kali setahun.

  • OUTCOME:
    Peningkatan skor komposit sekolah.