Psikologi Dan Kaunseling

PENGENALAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING (KAUNSELOR ORGANISASI DAERAH)

Fungsi Unit

Unit Psikologi Dan Kaunseling (UPsK) berperanan dalam memenuhi aspirasi merealisasikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18/2005 : Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.  Pelaksanaannya merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi aspek penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi dengan penekanan berikut :

  • Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti PPD berkaitan dengan perkhidmatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi krisis yang merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan agar dapat diperkasakan ke tahap yang optima.

  • Melaksanakan aplikasi psikologi dan kaunseling dalam penilaian personel dengan membantu pengurus sumber manusia memahami minat, personaliti, emosi, sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi. Aplikasi ini direalisasikan semasa urusan pemilihan, penempatan, pengurusan prestasi, pembangunan kompetensi dan pra persaraan serta dalam urusan temuduga berstruktur.

  • Melaksanakan aplikasi psikologi dan kaunseling dalam pembangunan personel dengan menekankan kepada mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja serta sikap yang positif.  Ia melibatkan aktiviti khidmat runding, peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pegawai serta pembangunan kendiri dengan penerapan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stress, perubahan sikap dan set minda, perhubungan individu dan lain-lain. Aplikasi ini digunakan kepada semua pegawai yang baru dilantik sehingga bersara.

  • Melaksanakan penyelidikan psikologi dan kaunseling terhadap permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dengan peralatan dan sistem kerja ( ergonomik). Seterusnya ia dapat menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam.

  • Melaksanakan aplikasi psikologi dan kaunseling dalam intervensi pembangunan modal insan dengan membantu pegawai mengurus masalah secara lebih berkesan melalui program pengupayaan kendiri yang mengandungi aktiviti kaunseling, mentoring dan pembimbing rakan sekerja (AKRAB).

  • Memantapkan kualiti perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan sumber manusia di PPDLMS dengan meningkatkan pengetahuan dan kompetensi warga pendidikan ke tahap optimum secara berterusan.

  • Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunselingberteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

PENDEKATAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

•    Pendekatan Pembangunan Psikologi Kaunseling
•    Pendekatan Pencegahan Psikologi Kaunseling
•    Pendekatan Pemulihan Psikologi Kaunseling
•    Pengurusan Krisis Intervensi Psikologi Kaunseling