Dasar Privasi

on .


Dasar Privasi
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung (selepas ini disebut sebagai PPD Manjung) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal PPD Manjung ini dan boleh dialamatkan terus kepada:

Pejabat Pendidikan Daerah Manjung
Lorong Selamat, 32000 Sitiawan,Perak Darul Ridzuan
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.
Pautan Ke Laman Sesawang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.