LANJUTAN TARIKH AKHIR PENGISIAN SKPMg2 FASA 1

Ditulis oleh UNIT KUALITI on . Posted in Pengumuman Terkini

Selamat Sejahtera,

Semua pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Manjung.

 

1. Tarikh akhir pengisian skor PKS SKPMg2 Fasa 1 dilanjutkan sehingga 10 April 2018. Untuk tujuan semakan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung menetapkan 5 April 2017 sebagai tarikh akhir pengisian skor oleh semua sekolah menengah dan rendah daerah Manjung. Semua sila patuhi tarikh  ini. Sila isi berdasarkan realiti dan intergriti. Kerjasasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

2.Bagi tahun 2018 Pengisian SKPMg2 Fasa 1: Tidak perlu perakuan PGB. Perakuan PGB hanya di akhir tahun 2018 (15 November 2018).

 

Terima kasih. Sekian

 

ADNAN BIN MD ISA

Penolong PPD Kualiti

b.p Pegawai Pendidikan Daerah Manjung

BAHAN ENGAGEMENT SKPMg2

Ditulis oleh UNIT KUALITI on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Manjung

 

Selamat Sejahtera,

 

Sila muat turun bahan-bahan di bawah untuk rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Adnan Penolong PPD Kualiti di talian 019 5706557. Tq

 

SILA MUAT TURUN DI SINI.

 

PEMBERITAHUAN ERATA BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 2

Ditulis oleh ZURAIDI BIN SAMAD on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua,

Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak.

 

Tuan,

PEMBERITAHUAN ERATA BUKU TEKS:

1) MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 4

2) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 2

3) REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 2

4) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PENDIDIKAN KHAS TINGKATAN 2

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan selanjutnya pihak tuan.

3. Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Marina binti Tun Azhar di talian 05-5015141 / 019-561 6774

Kerjasama tuan amat dihargai.

SILA KLIK ATTACHMENT UNTUK MUAT TURUN

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Attachments:
Download this file (20180222151505149.pdf)20180222151505149.pdf [ ] 1181 kB