×

Amaran

JFolder::create: Tidak dapat mencipta direktoriPath: /var/www/html/ppdmanjung/v3/cache

JFolder::create: Tidak dapat mencipta direktoriPath: /var/www/html/ppdmanjung/v3/cache

HEBAHAN PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN 2017/2018

Ditulis oleh AHMAD HASSAN BIN NURI on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua,
Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak.

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN 2017/2018

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

3.        Sehubungan dengan itu, sekolah yang berminat perlu mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam pekeliling dan kenyataan media terkini yang sedang berkuatkuasa. Penglibatan murid adalah tertakluk di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 Ruj. KP(BS)8591/Jld.XVI (9) bertarikh 30 Mac 2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

4.      Sebarang pertanyaan, hubungi Puan Zalina Kamis (Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM) di talian 03-8872 1626 / 019-2508 926 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau pegawai di jabatan ini, Puan Nur’ainsham binti Abu Bakar di talian 05-5015155 / 013-5188300. Maklumat lanjut, layari laman sesawang www.societyforscience.org/isef

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM”

UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN