PERUBAHAN BENGKEL SKPMg2 UNTUK SEKOLAH RENDAH

Ditulis oleh ADNAN PEN. PPD KUALITI on . Posted in Pengumuman Terkini

Salam Sejahtera,

Guru Besar

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Manjung

 Tuan,

 PERUBAHAN TARIKH DAN KUMPULAN SEKOLAH UNTUK

BENGKEL STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2)

 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Surat ini membatalkan surat yang bertarikh 2 Mac 2017 bertajuk BENGKEL STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) Rujukan: PPD.MJG. 100-20/1/1 (11).

 3. Sukacita pihak Pejabat Pendidikan Daerah Manjung dengan kerjasama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Perak akan mengadakan bengkel tersebut pada ketetapan berikut:

            TARIKH/MASA

PESERTA

JENIS SEKOLAH

TEMPAT

13.03.2017 (ISNIN)

9.00 PG – 5.00 PTG

GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN 1

SEMUA SEKOLAH KEBANGSAAN

DEWAN BESTARI, PPD MANJUNG

15.03.2017 (RABU)

9.00 PG – 5.00 PTG

GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN 1

SEMUA SJKC DAN SJKT

DEWAN BESTARI, PPD MANJUNG

 4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan Guru Besar diminta hadir bersama Penolong Kanan 1 sebagai peserta bengkel berkenaan. Tujuan bengkel adalah untuk memberi kemahiran pengurusan pelaksanaan SKPMg2 bagi tahun 2017 di semua sekolah.

 Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong PPD Kualiti, En. Adnan bin Md Isa di talian 05 6911763 / 019 5706557.

 5. Kerjasama dan perhatian dari tuan berhubung perkara di ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

     Sekian.

 ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 Saya yang menurut perintah,

     t.t

SUHAIMI BIN RAMLI

Pegawai Pendidikan Daerah

 

* Catatan: Hanya makan tengah hari sahaja disediakan oleh MGB. Sarapan dan minum petang tiada.