PELAKSANAAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) TAHUN 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Ditulis oleh Hjh. Kelthum Bt Abu on . Posted in Pengumuman Terkini

Semua Pengetua/Pengarah Kolej Vokasional
Sekolah Menengah Persendirian Cina
Daerah Manjung

Tuan, 

PELAKSANAAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) TAHUN 2017 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Surat daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Rujukan: KPM.800-4/1/17 Jld.2 (9) bertarikh 27 Februari 2017 adalah berkaitan. 

2.         Seperti yang pihak tuan sedia maklum, dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan pelajar pendidikan tinggi diteruskan dengan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi menggantikan baucar buku. 

3.         Permohonan KADS1M hendaklah dilaksanakan oleh pelajar secara atas talian melalui web Bank Rakyat www.bankrakyat.com.my/bppt bermula dari 16 Februari sehingga 31 Mac 2017. Pihak tuan dimohon untuk menyebarkan maklumat ini kepada semua pelajar yang berkelayakan. Panduan Pelaksanaan BPPT Tahun 2017 adalah seperti di lampiran.

4.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Urus Setia Kementerian Pendidikan Malaysia (Sekolah/ Kolej Matrikulasi/ Kolej Vokasional/ Institut Pendidikan Guru) melalui talian 03-8884 7616 atau 03-8884 7081. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian,terima kasih. 

 

Unit Hem
PPD Manjung