HEBAHAN PROGRAM CUTI SEKOLAH: KARNIVAL CREATIVITY & SCIENCE4U (S4U) 2017 ZON UTARA - PERAK

Ditulis oleh AHMAD HASSAN BIN NURI on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Seluruh Negeri Perak.

 Tuan,

 Sukacita saya merujuk perkara di atas. Surat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), MOSTI.700-1/1/4 JLD 6 (94) bertarikh 6 Mac 2017 serta surat Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM.60014/1/19 JLD 12 (69) bertarikh 24 Februari 2017 adalah berkaitan.

2.         Adalah dimaklumkan, jabatan ini memanjangkan jemputan penganjur kepada sekolah yang berminat untuk menyertai program tersebut.

 3.         Sehubungan dengan itu, Pengetua / Guru Besar serta Guru Kanan Sains dan Matematik dijemput menghadiri satu perjumpaan yang akan diadakan pada  9 Mac 2017, jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan

 4.         Sekolah yang berminat perlu mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam pekeliling dan kenyataan media terkini yang sedang berkuatkuasa. Penglibatan guru-guru sekolah menengah adalah tertakluk kepada SPI Bil.9/2016 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah) manakala guru-guru sekolah rendah adalah tertakluk kepada SPI Bil.8/2016 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah) berhubung peruntukan waktu PdP mengikut jam kredit setahun.

 5.         Sebarang pertanyaan, hubungi pegawai MOSTI, Puan Fadzillah Mansor di talian 03-8885 8934 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Wan Nurani Ab Ghani di talian 03-8885 8595 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
“PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM”

 UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Attachments:
Download this file (surat perjumpaan mosti.pdf)surat perjumpaan mosti.pdf [ ] 381 kB