HEBAHAN FESTIVAL KESENIAN MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2017

Ditulis oleh AHMAD HASSAN BIN NURI on . Posted in Pengumuman Terkini

Pengetua,
Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak.

Tuan,

HEBAHAN FESTIVAL KESENIAN MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 2017

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini dilampirkan surat tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.

3.        Sehubungan dengan itu, sekolah yang berminat perlu mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam pekeliling dan kenyataan media terkini yang sedang berkuatkuasa. Penglibatan murid adalah tertakluk di bawah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 Ruj. KP(BS)8591/Jld.XVI (9) bertarikh 30 Mac 2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004 Ruj. KP(BS)8591/Jld.XVIII (9) bertarikh 16 September 2004 – Panduan Penglibatan Murid-murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.         Maklumat lanjut, hubungi Encik Mohd Haswani bin Hassan di talian 016-485 4144 / e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM”

UNIT KOKURIKULUM
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Attachments:
Download this file (festival kesenian muzik.pdf)festival kesenian muzik.pdf [ ] 873 kB